in , , , , ,

The Walking Dead: The Final Season Mungkin Akan Diteruskan, Tetapi Banyak Lagi Persoalan Yang Masih Belum Terjawab

Hujung minggu lalu, kita telah digemparkan dengan penutupan studio pembangunan game, Telltale Games secara mengejut. Sejumlah besar pekerjanya telah diberhentikan — yang mana 225 daripada 250 pekerjanya telah kehilangan pekerjaan. Kini hanya 25 orang sahaja yang kekal di studio itu.

Penutupan studio itu semestinya telah meninmbulkan kerisauan terhadap game-game yang sedang mereka bangunkan. Stranger Things dan The Wolf Among Us ialah antara projek mereka akan datang, manakala episod pertama The Walking Dead: The Final Season telah dilancarkan, dan episod-episod seterusnya kini menjadi tanda tanya.

Terbaru, dalam satu tweet yang dikeluarkan, Telltale Games telah mengumumkan yang episod kedua untuk The Walking Dead: The Final Season akan tetap dilancarkan pada hari ini. Untuk episod ketiga dan keempat pula, mereka kini sedang bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi yang berpotensi ingin membantu menyiapkan musim tersebut.

Studio itu menegaskan yang walaupun mereka tidak mahu membuat apa-apa janji, mereka kini sedang bekerja secara aktif untuk mencari penyelesaian yang boleh membenarkan episod 3 dan episod 4 mampu disiapkan dan dilancarkan dalam suatu bentuk.

Di akhir kenyataan tersebut, mereka menyatakan yang mereka berharap akan mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan lain yang bermain di minda para peminat semua.

Episod kedua The Walking Dead: The Final Season akan dilancarkan pada hari ini untuk PC, PS4, Xbox One dan Switch.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Devil May Cry 5 Akan Ada Sistem Microtransaction Beli Bola-Bola Api Untuk Upgrade Karakter!

Penyokong Bola Sepak Switzerland Baling Controller PS4 Ke Dalam Padang Sebagai Tanda Protes Terhadap Pelaburan Esports