Syukur nikmat alhamdulilah, The Sims 4 kini mengenalkan konsep Islamik kepada pemain mereka untuk meraikan semua jenis bangsa dan agama sempena ulang tahun ke-4 mereka dalam stream update Maxis bulan September. Daripada baju ke pembinaan, apa yang akan jadi pilihan stail korang nanti?

Abaya, Jubah, Kopiah, Baju Aurat Friendly Diperkenalkan

Pelbagai gaya sesuai untuk pemain untuk menggayakan Sims mereka ke arah muslimah. Ini kena tunggu tudung Nilopah pulak untuk dijadikan mod untuk buat lagi nampak ‘stylo’.

  • Hijab untuk dewasa dan remaja perempuan
  • Pakaian untuk dewasa dan remaja perempuan
  • Baju Kufi untuk dewasa dan remaja lelaki
  • Kopiah untuk dewasa dan remaja lelaki
  • Shirt untuk dewasa dan remaja lelaki
  • Gaun tradisional untuk budak perempuan
  • Shirt untuk budak lelaki

Bina Kubah dan Gerbang

Tidak lupa juga dengan tambahan barangan pembinaan untuk membuat rumah anda kelihatan lebih berseri dengan seni bina Islamik! Pintu, cermin tingkap dan serta dekorasi untuk membuat deko rumah anda lebih bertema.

Pembinaan Tangga Yang Lebih Fleksibel!

Selain pemambahan tema islamik, Maxis turut bawakan kemaskini pembinaan tangga dengan pelarasan yang lebih bebas. Bolehlah buat rumah berkonsep ala-ala tangga Hogwarts, mau menangis karakter nak naik turun.

Kandungan Muslim ini akan ditambah ke dalam The Sims 4 pada 5 September ini.

JomKomen!