Kali terakhir siri ini berada di konsol adalah pada tahun 2010.

Electronic Arts telah mengumumkan bahawa The Sims 4 akan diterbitkan pada 17 November nanti untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Mereka turut menyatakan bahawa kemaskini dan kandungan baru akan ditambah secara berperingkat.

Selain versi standard, The Sims 4 akan mempunyai versi istimewa yang akan dipasarkan sebagai The Deluxe Party Edition yang memberikan item tambahan bagi kegunaan kawasan luar rumah Sims korang nanti.

Sepatutnya EA patut membawa siri ini ke Nintendo Switch, baru la boleh bawa Sims korang ke mana-mana kan?

JomKomen!