in , ,

The Pascal’s Wager: Annunciation – Game Mobile Ala Dark Souls/Bloodborne Bakal Dera Korang!

Teringin nak bermain Dark Souls atau Bloodborne di smartphone korang? Cuba layan trailer dan gameplay The Pascal’s Wager: Annunciation – ada feel gothic Souls lah derr…

Diumumkan di E3 2018, The Pascal’s Wager: Annunciation yang dibangunkan oleh developer Tipswork dari China ini benar-benar buat kitorang terasa aura Dark Souls/Bloodborne!

Dengan sistem mengelak (dodge), tepis (parry) dan serang-balas (counter attack) – Pascal’s Wager kelihatan seiras dengan mechanics gameplay dari francais yang dipopularkan FromSoftware. Sistem stamina juga kelihatan, dan ini semestinya menambah kepada keseraman korang semasa berlawan dan mengelak serangan boss nanti! GLHF!

Setakat ini, beberapa karakter telah diperkenalkan, dengan adanya karakter yang belum di-unlock lagi. Terrence dan Viola adalah dua karakter yang telah di-unlock – masing-masing dengan senjata dan kebolehan masing-masing, dan pastinya dengan teknik gameplay yang unik.

Berikut adalah beberapa video gameplay yang memaparkan aksi dan sistem gameplay game ini:

Game ini masih dalam pembikinan, tetapi korang sudah boleh mendaftarkan diri di laman web rasmi untuk menyertai Beta testing diorang nanti.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Hati-Hati Bila Install Fortnite Android – Fail Installer Pertama Dari Epic Games Boleh Buat Korang Install Malware!

Ulasan Perlawanan Grand Final The International 2018 – Draft Yang Mengakhiri Sumpahan TI