The Pantheon, sebuah pusat esports premium, telah mengumumkan kerjasama terbaru mereka bersama Ikano Centre yang dimiliki oleh IKEA Asia Tenggara & Mexico.

Melalui kolaborasi ini, kedua-dua syarikat ini akan meluaskan penglibatan mereka dalam industri esports dengan membuka sebuah lagi pusat esports yang bakal terletak di selatan tanah air.

Pantheon Esports Centre akan dibuka di pusat beli-belah Toppen yang terletak di Tebrau, Johor. Cawangan ini merupakan cawangan pertama mereka di selatan negara serta cawangan terbesar buat The Pantheon dengan ruang sebesar 20,000 kaki persegi — sekaligus menjadikannya lebih besar daripada The Pantheon yang telah dibuka di One City, Subang Jaya.

Melalui kerjasama ini juga, The Pantheon akan membuka lebih banyak cawangan bersama IKANO Centre pada masa hadapan, kata pihak mereka ketika menghubungi JomGaming.

The Pantheon yang telah dibuka di One City, Subang Jaya.

Korang boleh ikuti perkembangan pusat esports ini di laman Facebook mereka untuk ketahui lebih maklumat lanjut. Kata mereka lagi, lebih banyak info akan diumumkan pada masa akan datang.

JomKomen!