in , , ,

The Medium: Game Seram Antara Dimensi Fizikal Dan Dimensi Rohani

Menjelajah ke dalam dua dunia antara fizikal dan rohani dengan The Medium. Ini merupakan sebuah lagi game yang telah diumumkan semasa pertunjukan siaran langsung Inside Xbox.

The Medium memaparkan watak protagonis yang mendapat berita tragik tentang isterinya yang sedang mengandung. Dia menyelami ke dalam dunia dimensi fizikal dan dimensi rohani di mana dia cuba menyelamatkan isterinya dari dunia yang sedang musnah dan dari raksasa yang menakutkan.

Game ini akan menampilkan dua buah soundtrack berbeza mengikut dua dimensi. Salah satu dari soundtrack ini ialah hasil komposer Arkadiusz Reikowski yang pernah berkerja dengan Bloober Team sebelum ini dalam game Layers of Fear dan Observer. Soundtrack yang kedua akan dihasilkan oleh komposer Akira Yamaoka yang pernah berkerja dalam siri Silent Hill.

Pembangun Bloober Team pernah menghasilkan game seperti Layers of Fear, Layers of Fear 2, Observer dan Blair Witch. The Medium akan dilancarkan pada tahun ini.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Call Of The Sea - Game First Person Puzzle Dengan lokasi Pulau Tropika Yang Cantik

Call Of The Sea: Game First-Person Puzzle Dengan Lokasi Pulau Tropika Yang Cantik

Ini Trailer Gameplay Assassin’s Creed Valhalla Yang Tiada Paparan Gameplay Langsung

Ini Trailer Gameplay Assassin’s Creed Valhalla Yang Tiada Paparan Gameplay Langsung