Epic Games telah mengumumkan The Matrix Awakens: An Unreal Engine 5 Experience untuk PS5 dan Xbox Series.
Seperti yang tertera dalam judulnya, ia merupakan sebuah pengalaman di dalam dunia The Matrix, yang dibangunkan dalam Unreal Engine 5, iaitu enjin game milik Epic Games.
Melalui satu laman khas yang disediakan, pengalaman ini dikatakan akan membawa “sekilas pandang ke masa depan penceritaan dan hiburan interaktif dengan UE5”.
The Matrix Awakens akan didedahkan dengan lebih lanjut semasa The Game Awards 2021 yang akan berlangsung pada 8.30 pagi, 10 Disember ini (waktu Malaysia).
Pra-muat-turun juga sudah boleh dilakukan sekarang oleh para pemain PS5 dan Xbox Series.
Satu teaser pendek telah dikeluarkan, turut menampilkan Keanu Reeves.
Comments
Loading…