Spoiler untuk episod 5 musim 2 The Mandalorian dalam artikel ini.
Beberapa hari lalu, dalam episod terbaharu The Mandalorian, dunia Star Wars telah digegarkan dengan pendedahan backstory Baby Yoda, yang mana namanya juga telah didedahkan, iaitu Grogu.
Terkini, daripada penggalian data dalam fail game Fortnite, nampaknya dua watak fenomena terbaharu dalam siri televisyen itu, Din Djarin (The Mandalorian) dan Grogu mungkin akan dibawa masuk ke dalam game battle royale itu.
Lucas7Yoshi yang terkenal dengan penggalian fail-fail dalam Fortnite, telah menemui gambar terbaharu dua karakter tersebut bersama dengan dua lagi karakter lain yang kemungkinan besar adalah kostum baharu dalam battle pass akan datang.
Ini bukan kali pertama Epic Games dan Disney bekerjasama membawa masuk kandungan Star Wars ke dalam Fortnite. Sebelum ini mereka telah menampilkan kostum Rey, Finn dan beberapa Stormtrooper.
Comments
Loading…