Untuk segmen Boleh Beli or Boleh Blah? kali ini, saya akan mengulas tentang The Low Road, satu game point-and-click adventure oleh XGen Studio. Ianya telah keluar di platform Steam (PC) dan Nintendo Switch.

Game ini mengisahkan tentang Noomi Kovacs, seorang graduan daripada universiti LeCarre Institute for Exceptional Spies, ataupun singkatannya L.I.E.S. Dia baru sahaja dapat kerja pertama dia di Penderbrook Motors’ Division of Outside Intelligence. Namun begitu, dia terkekang di dalam pejabat dan dipandang rendah oleh supervisornya, Turn. Oleh itu, Noomi perlu memanipulasi keadaan sekitar dan rakan sekerjanya supaya dia dapat memenuhi impiannya sebagai ejen rahsia.

Noomi dan Turn akhirnya menyedari terdapat perkara lebih besar dan jahat yang tersembunyi dalam persaingan syarikat mereka. Oleh itu, mereka akan menyiasatnya sepanjang permainan!

Apa yang kurang?

Pertama sekali, waktu yang diambil untuk habiskan game ini amat sedikit, iaitu 4 jam sahaja. Jadi, anda mungkin rasa kurang puas bermain game ini. Namun begitu, ianya masih bergantung kepada pemain sendiri, jadi jangan takut untuk cuba game ini!

Selain itu, terdapat beberapa bahagian plotnya yang kurang jelas dan tak masuk akal. Kadang-kadang, anda terasa tiba-tiba berada di satu bahagian plot tanpa penjelasan yang rapi. Premis cerita bagus, namun masih perlu diperhalusi.

Apa kelebihan game ini?

Ada beberapa kelebihan yang terdapat untuk game ini, iaitu stail visual game yang menawan, puzzle yang menarik dan menguji minda, dan karakter-karakter menarik dan kelakar.

Stail Visual Menawan!

Salah satu kelebihan yang pasti mengenai game ini adalah stail visualnya yang menawan. Korang boleh lihat stail visual tersebut di bawah!

Stail visual game yang menonjol dapat menarik perhatian.

Menarik bukan? Ini antara sebab kenapa saya boleh melekat di skrin sepanjang bermain game ini. Stail visual yang menarik perhatian sepanjang masa!

Puzzle yang menarik dan menguji minda!

Di samping itu, game ini juga mempunyai puzzle yang menarik dan menguji minda! Sepanjang permainan, korang akan disajikan beberapa puzzle untuk membantu korang menyelesaikan misteri di dalam plot game ini.

Klu agak terhad, jadi pandai-pandailah fikir!

Walaupun jumlah puzzle tidak begitu banyak kerana kekangan masa, namun ianya pasti dapat menghiburkan anda!

Karakter-karakter menarik dan kelakar!

Akhir sekali, game ini juga mempunyai karakter-karakter yang menarik dan kelakar! Pelbagai jenis dialog dan interaksi yang dapat mencuit hati korang sepanjang permainan.

Perwatakan Noomi yang bersahaja pasti menghiburkan anda!

Dengan personaliti Noomi yang agak bersahaja, pelbagai situasi menarik dan mencuit hati dapat dijumpai dalam game! Pasti tidak akan kering gusi!

BOLEH BELI

+ Seni visual yang menawan!
+ Puzzle yang menarik dan menguji minda!
+ Karakter-karakter yang menarik dan kelakar!

BOLEH BLAH

 Waktu untuk habiskan game ini agak pendek.
 Ada bahagian plot yang kurang jelas dan tak masuk akal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.