Nintendo dah release trailer baru untuk siri Legend of Zelda yang ke 19! Co-op gameplay yang sangat sempoi bagi gamer-gamer yang ada Nintendo 3DS. Pasti mereka yang mempunyai console ini tak sabar untuk mendapatkan Tri Force Heroes ini kelak!
Game ini akan memaparkan Link bersama 2 lagi Link yang akan membantu pengembaraan dan menyelesaikan pelbagai puzzle. 3 Link tersebut akan dapat dibezakan melalui warna iaitu hijau, merah dan biru.
Korang akan dapat bermain co-op melalui local wireless dan juga online wireless. Disamping itu, korang boleh memilih untuk bermain bersama rakan atau random players yang online. Tapi bagi mereka yang tidak mempunyai connection online, janganlah khuatir kerana game ini juga boleh dimainkan secara single player.
The Legend of Zelda: Tri Force Heroes akan dipasaran mulai 23 Oktober 2015.
Comments
Loading…