Korang sudah boleh bermain Zelda:BotW tanpa memiliki sistem Nintendo. Tetapi, persoalannya – patutkah korang bermain menggunakan emulator?

Para developers CEMU Wii U bagi PC telah mengemaskini emulator tersebut dan kini ia boleh memainkan BotW sepenuhnya! Beberapa masalah utama telah diselesaikan – kini Runes semuanya boleh digunakan, dan korang boleh menghabiskan kesemua Shrine dan habiskan game ini.

BotW juga kelihatan lebih baik di dalam emulator ini setelah lebih banyak elemen grafik dapat dipaparkan walaupun masih terdapat isu-isu framerate di beberapa bahagian.

Dengan adanya emulator ini, BotW dapat dimainkan dengan resolusi sehingga 4K dan beberapa video gameplay mulai muncul di Youtube (seperti di atas). Di dalam video di atas, YamGaming berjaya memainkan game tersebut pada 2160p selepas menukar setting emulator CEMU. Korang boleh lihat hasilnya – sebuah versi game terbaik dengan visual mengagumkan bagi tahun 2017 setakat ini.

Berikut adalah penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak developer emulator CEMU Wii U ini:

Nintendo seperti kebanyakan syarikat lain, tidak membenarkan produk mereka dimainkan di dalam emulator, website mereka juga menyatakan isu ini dengan jelas.

How Does Nintendo Feel About the Emergence of Video Game Emulators?

The introduction of emulators created to play illegally copied Nintendo software represents the greatest threat to date to the intellectual property rights of video game developers. As is the case with any business or industry, when its products become available for free, the revenue stream supporting that industry is threatened. Such emulators have the potential to significantly damage a worldwide entertainment software industry which generates over $15 billion annually, and tens of thousands of jobs.

Mendapatkan salinan BotW dari Internet untuk dimainkan menerusi CEMU adalah salah di sisi undang-undang. Jangan bermain dengan api, kerana Nintendo cukup terkenal dengan tindakan undang-undang mereka.

JomKomen!