in , , , ,

The Legend of Zelda: Breath of The Wild: Boleh Beli Or Boleh Blah!?

Untuk review kali ini, saya akan menulis review tentang The Legend of Zelda: Breath of The Wild, yang dikeluarkan khas untuk Nintendo Switch dan Wii U!

Game ini adalah game terbaru bagi siri Legend of Zelda,dan ianya telah diumumkan pada tahun 2013. Pada awalnya, ianya dirancang untuk dikeluarkan pada tahun 2015, tetapi ianya ditangguhkan untuk penambahbaikkan dan akhirnya dikeluarkan pada tahun ini, dengan tambahan versi Nintendo Switch! Adakah penantian ini berbaloi? Jom baca review ini!

Game ini tentang apa?

Game ini mengisahkan tentang seorang pahlawan bernama Link, yang baru bangun setelah tidur selama 100 tahun. Daripada itu, beliau berjumpa dengan seorang orang tua dan dapat mendapat tahu bahawa pada 100 tahun dahulu, Calamity Ganon bangkit dan mahu memusnahkan dunia Hyrule!

Calamity Ganon dikekang oleh Zelda di dalam persekitaran Istana Hyrule kerana ianya tidak dapat dikalahkan. Namun begitu, kuasa Ganon bertambah dari hari ke hari! Misi Link di dalam game ini adalah untuk mengalahkan Ganon sebelum ianya bebas daripada kekangan yang dilakukan oleh Zelda lalu memusnahkan dunia.

Apa yang kurang tentang game ini?

Satu kelemahan yang saya dapat lihat di dalam game ini adalah game ini mempunyai beberapa masalah framerate yang tidak stabil, terutama di tempat yang mempunyai banyak rumput dan bunga dan apabila Nintendo Switch digunakan di dalam mod TV. Namun begitu, ianya bukanlah satu masalah besar kerana mode portable lebih stabil dan ianya tidak melibatkan sejumlah besar daripada pengalaman game ini.

Di samping itu, game ini kurang pengisian dari segi penceritaan. Secara asasnya, jalan ceritanya masih menarik, tapi kurang perkembangan untuk sesetengah karakter dan juga sebahagian daripada jalan cerita utama. Oleh itu, ianya kurang sesuai bagi mereka yang betul-betul inginkan jalan cerita yang bagus dalam game mereka.

Apa yang best pasal game ini?

Ada banyak benda yang best pasal game ini! Antaranya ialah kebebasan untuk menerokai dunia open-world Hyrule, pertarungan yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan dinamik, pelbagai jenis cabaran puzzle yang menguji minda, dan grafik stail anime yang mempesonakan!

Kebebasan untuk menerokai dunia open-world Hyrule!

Untuk permulaan, korang mempunyai kebebasan untuk menerokai dunia open-world Hyrule! Selepas korang habis dengan tutorial, korang diberikan kebebasan untuk pergi ke mana sahaja di dalam Hyrule. Korang tidak akan jumpa sempadan invisible sepanjang game dan boleh pergi ke mana sahaja yang disukai! Korang boleh mendaki bukit untuk pergi ke bandar seterusnya, menunggang kuda, ataupun meluncur di udara!

Dunia Hyrule penuh dengan misteri, seperti yang terdapat di dalam gambar ini.

Selain daripada itu, korang juga mempunyai kebebasan untuk mengikut jalan cerita mengikut urutan yang anda suka, ataupun berjalan-jalan sekitar Hyrule untuk menerokai setiap misteri yang ada di dalam dunianya, ditambah pula dengan fizik persekitaran yang realistik.  Pendek kata, game ini memberi kebebasan sepenuhnya kepada pemain untuk mencipta pengalaman unik sendiri dan pada kadar yang tersendiri.

Sebahagian tempat yang boleh diterokai di Hyrule. Anda boleh pergi ke semua tempat di dalam gambar ini!

Pertarungan yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan dinamik!

Selain daripada itu, pertarungan di dalam game ini juga mencabar dan dinamik! Secara asasnya, sistem pertarungan game ini masih sama dengan game sebelumnya, tetapi sistem ketahanan senjata dimasukkan di dalam game ini. Dengan kata lain, senjata korang akan patah apabila sampai tahap tertentu. Ini menambahkan lapisan kepada cabaran dalam game ini kerana korang perlu lebih berhati-hati supaya korang tidak kehabisan senjata dalam melawan musuh dan memikirkan strategi yang sesuai untuk mereka.

Mengelak pada waktu yang sesuai mengaktifkan teknik serang balas.

Di samping itu, korang juga boleh melakukan serang hendap stealth terhadap musuh, memanah dan menggunakan persekitaran untuk melawan musuh. Pendek kata, cara untuk korang melawan musuh akan menjadi dinamik bergantung kepada kepintaran dan item-item yang korang ada!

Link cuba untuk memanah serangan musuh!

Pelbagai jenis cabaran teka-teki yang menguji minda!

Game ini juga menyajikan pelbagaian jenis cabaran teka-teki yang menguji minda! Kebanyakkan pengalaman korang akan dipenuhi dengan teka-teki sama ada daripada dungeon utama ataupun shrine! Setiap satu daripadanya mempunyai pelbagai teka-teki untuk diselesaikan dan ada kepelbagaian daripada segi teka-teki walaupun ada pelbagai shrine. Setiap shrine akan memberi item untuk korang upgrade jumlah heart ataupun stamina korang, jadi ianya berbaloi!

Antara teka-teki yang korang akan jumpa di dalam game ini.

Tambahan daripada itu, dengan enjin fizik yang hebat dalam game ini, anda juga boleh mengunakan solusi sendiri dan tidak perlu bersusah-payah. Anda boleh lihat contoh yang dilakukan oleh Nick Robinson di bawah!

Grafik stail anime yang mempesonakan!

Akhir sekali, game ini mempunyai grafik stail anime yang mempesonakan! Walaupun ianya tidak sehebat game open-world lain seperti Witcher 3 ataupun Final Fantasy XV, tetapi grafik stail ini masih mempunyai keanggunannya yang tersendiri.

Jauh perjalanan,luas pemandangan.

Ianya tampak ringkas, tapi penuh dengan keanggunan! Ditambah pula dengan dunia yang luas dan penuh dengan keindahan alam semulajadi Hyrule, mata korang pasti seronok sepanjang bermain game ini!

BOLEH BELI? OR BOLEH BLAH?

BOLEH BLAH! – Kalau korang lebih suka game yang grafiknya lebih realistik, game ini bukan untuk anda kerana grafik game ini lebih kepada stail anime. Di samping itu, game ini kurang padat dengan plot cerita dan lebih fokus kepada pengembaraan open-world, oleh itu game ini kurang sesuai bagi mereka yang mencari game disadur cerita dengan perkembangan yang baik dan padat.

BOLEH BELI? – Korang boleh beli sekiranya korang sukakan game open-world yang luas dan penuh dengan misteri untuk korang terokai. Game ini penuh dengan pelbagai misteri untuk korang terokai dan kebebasan yang diberikan oleh game untuk penerokaan anda menambahkan lagi rasa seronok untuk mengembara! Tambahan pula, game ini penuh dengan pelbagai cabaran sama ada dari segi pertarungan mahupun teka-teki. Ini amat sesuai bagi mereka yang sentiasa memerlukan cabaran dalam bermain game.

Masalah framerate yang kurang stabil.
Kurang pengisian dari segi penceritaan.

+ Kebebasan untuk menerokai dunia open-world Hyrule!
+ Pertarungan yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan dinamik!
+ Pelbagai jenis cabaran puzzle yang menguji minda!
+ Grafik stail anime yang mempesonakan!

Written by Afiq Phirinko

Guest-writer untuk site JomGaming.my, juga seorang pelukis amatur yang suka main game JRPG dan aksi, di samping meminati superhero Jepun.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
FIFA 18 Pertama Kalinya Diperlihatkan Dalam Iklan Terbaru Nintendo Switch

Nintendo Akan Adakan “E3 Yang Besar Tahun Ini”, Kata Presiden Nintendo Amerika

Jom Lihat Gambar Rasmi Alicia Vikander Beraksi Sebagai Lara Croft Dalam Filem Tomb Raider