in , ,

The Last of Us Remastered Di PS4 Mendapat Kemaskini Pra-PS5, Waktu Loading Jauh Lebih Pantas

Sejak semalam, beberapa game PS4, antaranya The Last of Us Remastered dan God of War, telah menerima kemaskini baharu yang merupakan kemaskini persediaan sebelum game-game ini boleh dimainkan di PS5. Ini tentunya juga kemaskini untuk membenarkan beberapa media dan Youtuber terpilih, yang sudah menerima unit review PS5, mencuba game tersebut di konsol generasi seterusnya itu.

Apa yang menarik tentang kemaskini ialah walaupun masih bermain di PS4, waktu loading yang diperlukan untuk memulakan The Last of Us Remastered kini jauh lebih pantas berbanding sebelum menerima kemaskini baharu ini. Sesiapa yang pernah bermain game ini semestinya tahu betapa lamanya waktu loading yang diambil.

Korang boleh tonton sendiri perbezaan waktu loading dalam The Last of Us Remastered yang dimuatnaik oleh ElAnalistaDeBits di bawah. Sebelum kemaskini baharu ini, waktu loading untuk memulakan game ini ialah 1 minit 30 saat, manakala kini ia hanya mengambil masa 13 saat.

Masih di PS4, ia hanya mengambil masa 30 saat — bayangkan berapa saat pula yang diperlukan apabila ia dimainkan di PS5 kelak?

PS5 akan dilancarkan pada 12 November di beberapa negara terpilih. Untuk pasaran Malaysia, Sony akan mengumumkan tarikh pelancaran dan harganya apabila mereka sudah bersedia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Umum Kolaborasi Dengan Travis Scott Untuk PS5 Sebagai “Rakan Kreatif Strategik”

Trailer Gameplay Pertama FIFA 21 Diperlihat - Memperkenal Agile Dribbling, Creative Runs

Glitch Paling Trending Di FIFA 21 Sekarang Lompatan Macam Super Mario