in ,

The Last of Us Remake Dilaporkan Sudah Hampir Siap Dan Akan Dilancarkan Tahun Ini

Khabar angin tentang remake untuk game pertama The Last of Us sudah berlegar sepanjang tahun lalu. Kini, laporan terbaharu mengenainya telah muncul lagi.

Versi baharu game pasca-apokalips itu dikatakan sudah hampir siap dan kemungkinan akan dilancarkan sekitar separuh tahun kedua 2022.

Laporan ini hadir dari wartawan tersohor, Tom Henderson di Twitter, yang mana beliau menyatakan mendengar berita ini daripada bukan satu, tetapi beberapa sumber.

Henderson turut menegaskan yang Naughty Dog juga mempunyai dua lagi game yang sedang diusahakan, iaitu multiplayer untuk The Last of Us Part II Multiplayer serta edisi Director’s Cut untuk game sekuel itu. Walau bagaimanapun, beliau tidak mendapat sebarang khabar tentang bilakah dua game itu pula akan dilancarkan.

Beliau turut berpendapat bahawa segala banyak game yang sedang dibikin dalam dunia The Last of Us ini (walaupun bukan game baharu), adalah untuk meningkatkan kemeriahan terhadap siri televisyen The Last of Us yang sedang diterbitkan oleh HBO. Dalam kata lain, siri tv itu juga berkemungkinan bakal ditayangkan tahun ini.

Melalui ura-ura sebelum ini, The Last of Us Remake dilaporkan bukanlah satu penambahbaikan yang ‘ringkas’ dari segi resolusi, framerate dan tekstur. Tetapi, ia akan menampilkan sebuah game yang menggunakan sebaik mungkin kelebihan terhadap kuasa dan fungsi-fungsi yang dimiliki PlayStation 5, menggunakan enjin yang sama dengan The Last of Us Part II.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Servis Langganan Ubisoft+ Akan Hadir Ke Xbox, Belum Ada Perancangan Untuk PlayStation

Saksikan Trailer Pelancaran Star Wars Jedi: Fallen Order - Memperkenalkan Musuh Lebih Menggerunkan

Star Wars Jedi: Fallen Order 2 Dilaporkan Akan Diumumkan Sebelum Jun 2022