in ,

The Last of Us Remake Dilaporkan Bukan Setakat Tambahbaik Grafik, Tapi Lebih Daripada Itu

Bulan lalu kita dikejutkan dengan laporan daripada Bloomberg yang mengatakan Naughty Dog kini sedang membangunkan remake untuk game pertama The Last of Us.

Rata-rata peminat kurang senang dengan laporan ini, beranggapan ia satu projek yang tidak perlu kerana game itu tidaklah terlalu berusia untuk dibikin semula dari kosong. Malah, grafik yang disajikan dalam versi PS3 masih lagi relevan pada hari ini, lebih-lebih lagi apabila ia sudahpun mendapat versi remastered untuk PS4, yang juga boleh dimainkan di PS5 melalui fungsi backward compatibility.

Walau bagaimanapun, menurut artikel yang dikeluarkan oleh GameReactor, kita mendapat info baharu mengenai projek remake itu.

The Last of Us Remake dilaporkan bukanlah satu penambahbaikan yang ‘ringkas’ dari segi resolusi, framerate dan tekstur. Tetapi, ia akan menampilkan sebuah game yang menggunakan sebaik mungkin kelebihan terhadap kuasa dan fungsi-fungsi yang dimiliki PlayStation 5, menggunakan enjin yang sama dengan The Last of Us Part II.

Laporan itu turut mengatakan yang peminat tersilap sekiranya memikirkan ia hanyalah seperti The Last of Us: Remastered. Remake itu dikhabarkan bukan sahaja penambahbaikan dari segi grafik, malah ada “beberapa perkara lain”.

Apa pandangan korang? Adakah Naughty Dog benar-benar akan mengejutkan kita dengan projek remake untuk game pertama The Last of Us ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Disney+ Hotstar Malaysia Tidak Boleh Ditonton Di Konsol Gaming Seperti PS4, PS5, Xbox

Ubisoft Umumkan 2 Game The Division Baru – Satu Game Percuma PC/Konsol, Satu Lagi Mobile