in ,

The Last of Us Part II: Tiada Versi Demo Akan Dikeluarkan Sebelum Pelancaran, Kata Naughty Dog

Setelah mengumumkan penundaan tarikh pelancaran The Last of Us Part II beberapa hari lepas, pihak Naughty Dog telah tampil untuk memberikan penjelasan lanjut.

Bercakap di podcast PlayStation Blog, antara perkara yang didedahkan penulis dan pengarah game ini, Neil Druckmann, ialah mereka tidak akan mengeluarkan versi demo untuk The Last of Us Part II sebelum ia dilancarkan sepenuhnya kelak.

Beliau mendedahkan bahawa versi demo yang telah mereka perlihatkan kepada media dahulu adalah satu jenis demo yang direka khas untuk diberikan kepada media, manakala sekiranya mereka ingin keluarkan demo untuk yang boleh diakses semua secara umum, ia perlu direka semula dari kosong.

“Itu satu kerja besar yang kita tak mahu pasukan kami lalui,” kata Druckmann. “Kami lebih rela meletakkan fokus kami kepada melengkapkan game yang sebenar.”

Malah, menurutnya, demo yang diberikan kepada media itu dahulu sudah tidak lagi relevan kerana ia tidak akan memberikan indikasi sebenar game akhir nanti.

Selain itu, beliau turut mendedahkan bagaimana mereka sedang memikirkan apakan opsyen-opsyen yang ada untuk membenarkan semua pemain dapat bermain pada waktu yang sama semasa pelancaran nanti dalam situasi yang begitu sukar di seluruh dunia pada ketika ini.

Naughty Dog faham bahawa bukan semua pemain mempunyai infrastruktur untuk memuat-turun game ini secara digital, maka ia tidak adil kepada mereka sekiranya tidak menerima unit fizikal pada waktu yang sepatutnya di kala pemain lain telah memulakan game ini melalui muat-turun digital.

Korang boleh dengarkan podcast ini secara penuh di sini.

Buat masa ini, The Last of Us Part II telah ditunda ke satu tarikh pelancaran yang tidak dinyatakan lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Umpama Harry Potter Bertemu Stardew Valley - Memperkenalkan Witchbrook

Umpama Harry Potter Bertemu Stardew Valley – Memperkenalkan Witchbrook

4 Game Percuma Boleh Didapatkan Di Epic Games Store Sekarang, Termasuk Totally Reliable Delivery Service

4 Game Percuma Boleh Didapatkan Di Epic Games Store Sekarang, Termasuk Totally Reliable Delivery Service