Walaupun kita semakin hari semakin banyak mendengar tentang konsol generasi seterusnya, kita tetap ada satu lagi game hebat yang belum lagi dikeluarkan untuk PS4, iaitu The Last of Us Part II.

Sony cukup terkenal dengan sikap berahsia mereka dengan tarikh pelancaran game eksklusif mereka sehinggalah ia benar-benar hampir kepada pelancaran sebenar — dan itulah apa yang mereka sedang lakukan untuk game sangat dinantikan yang dibangunkan oleh Naughty Dog ini. Bukan setakat tiada tarikh pelancaran tepat, malah tahun bilakah ia akan dikeluarkan juga tidak mahu mereka beritahu.

Walau bagaimanapun, bekas Editor IGN, Alanah Pearce telah mendedahkan bahawa beliau pasti 100% yang TLOU2 akan dilancarkan pada tahun 2019. Apabila melihat senarai game yang paling ditunggu untuk tahun 2019, beliau telah membalas tweet tersebut dengan mengatakan “TLOU2 100% ada”.

Pearce cukup terkenal dengan sekian banyak berita sahih yang ditiriskannya sebelum ini. Apatah lagi, beliau menghabiskan tiga tahun bersama IGN, dan pastinya mengenali rapat beberapa pembangun-pembangun game.

Menguatkan lagi kebenaran dakwaannya ini ialah apabila beliau kemudiannya telah memadamkan tweet tersebut. Namun, Extra.ie telah berjaya screenshot:

Tambahan lagi, Sony baru-baru ini ada mengeluarkan video trailer rasmi, memperlihatkan “game akan datang menarik” — dan TLOU2 ada diletakkan dalam video ini. Walaupun tidak secara spesifiknya mengatakan yang game-game tersebut akan dikeluarkan pada tahun 2019, ramai menjangkakan yang senarai itu adalah game yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

Jadi, apa pandangan korang? Adakah TLOU2 akan dilancarkan pada tahun ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.