Apakah sebenarnya progress pembangunan game The Last of Us Part II mungkin menjadi tanda tanya paling misteri dalam industri gaming sejak beberapa tahun yang lepas. Kita tak tahu bilakah ia akan dikeluarkan, malah apakah fasa yang sedang dilaluinya juga dirahsiakan.

Walau bagaimanapun, nampaknya game yang sangat dinantikan ini mungkin telah berada dalam fasa akhir pembangunan, mengikut apa yang telah dikicaukan oleh pengarah-bersama, Anthony Newman.

Beliau telah memuatnaik sebuah infografik, yang memaparkan pelbagai jawatan kosong yang perlu diisi di Naughty Dog. Apa yang menarik ialah, beliau berkata, “terdapat banyak posisi hebat dibuka untuk membantu kami menutup game ini”.

Kata-kata “menutup game ini” membawa kita untuk mengatakan yang game ini sudah semakin hampir untuk menemui para pemain.

The Last of Us Part II akan dilancarkan secara eksklusif untuk PS4, namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

JomKomen!