in ,

The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

Mungkin tidak terlalu mengejutkan sekiranya apa-apa game yang sedang dibangunkan pada waktu ini ditunda, namun menunggu game kegemaran sememangnya sesuatu yang memeritkan.

Naughty Dog telah mengumumkan bahawa The Last of Us Part II yang sebelum ini dijadualkan akan dilancarkan pada 29 Mei ini telah ditunda. Apa yang lebih mendukacitakan ialah mereka tidak meletakkan sebarang tarikh pelancaran baharu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Naughty Dog mendedahkan penundaan ini adalah disebabkan faktor logistik yang sedang memperlahankan segala aktiviti di seluruh dunia kerana penularan wabak pandemik COVID-19. Mereka mahu kesemua pemain dapat bermain The Last of Us Part II pada waktu yang sama, maka mereka ingin menangguhkan dulu game sehingga isu logistik ini dapat diselesaikan.

Satu berita baik yang dikongsikan mereka ialah pembangunan sekuel ini telah hampir siap, yang mana pada ketika ini mereka sedang memperbaiki beberapa pepijat akhir.

https://twitter.com/Naughty_Dog/status/1245773177944281089?s=20

Bagi meredakan sedikit kedukaan para pemain ini, Naughty Dog telah memperlihatkan beberapa screenshots terbaharu yang menampilkan Joel dan Ellie. Korang boleh lihatnya di bawah:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Gamers Hideout Dilaporkan Meminta Pekerja Cuti Tanpa Gaji Semasa PKP

Gamers Hideout Dilaporkan Meminta Pekerja Cuti Tanpa Gaji Semasa PKP

Apex Legends Bawakan Event Khas Bertemakan Bloodhound, Dapatkan Item Eksklusif Menarik