in ,

The Last of Us Part II Dilaporkan Telah Diharamkan Di Arab Saudi Dan UAE

Menjelang kurang sebulan daripada pelancaran The Last of Us Part II, ramai yang sudah mula untuk pra-tempah game keluaran Naughty Dog itu, namun, ia nampaknya tidak kelihatan di beberapa PlayStation Store negara Timur Tengah.

Menurut VG247, PlayStation Store untuk negara Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) tidak lagi memasarkan The Last of Us Part II. Seorang peminat yang musykil telah menanyakan perkara ini kepada PlayStation Support, dan perbualan mereka itu telah dikongsikan di Reddit.

Jawapan yang diberikan pihak PlayStation Support ialah sekiranya sesebuah game itu tidak wujud di Store rantau tersebut, bermakna game itu telah diharamkan oleh pihak berkuasa negara tersebut. Mereka turut menegaskan yang tiada sebarang tindakan boleh dilakukan Sony apabila perkara itu sudah diputuskan.

https://www.reddit.com/r/DubaiGaming/comments/gqdxbs/asked_them_why_last_of_us_2_wasnt_available_for/

Apa yang aneh ialah, sehingga semalam, akaun Twitter rasmi PlayStation Arabia masih lagi mempromosikan The Last of Us Part II. Ada mempromosikan, tetapi tiada di PlayStation Store negara-negara tersebut?

https://twitter.com/PlayStation_ME/status/1264998706757144578?s=20

Sebagai perbandingan, lapor VG247, satu lagi game eksklusif PlayStation yang terdekat pelancarannya, Ghost of Tsushima masih wujud di kedua-dua PlayStation Store Arab Saudi dan UAE, dan tiada sebarang masalah untuk di-pra-tempah.

Sekiranya benar negara-negara Arab ini mengharamkan sekuel tersebut, pastinya ia disebabkan oleh kandungan sensitif yang terdapat dalamnya, seperti kandungan seksual, terutamanya unsur LGBT. Seperti yang semua tahu sejak game pertamanya, yang turut dipaparkan dalam salah satu trailer sekuelnya, Ellie merupakan seorang yang cenderung kepada hubungan sejenis.

Setakat ini, Sony masih belum memberikan apa-apa kenyataan rasmi terhadap ketiadaan game ini di Store negara-negara itu.

The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun ini, eksklusif untuk PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Saksikan 23 Minit Video Tutorial Demo No Straight Roads - Belajar Gerakan-Gerakan Asas

Wan Hazmer Umum No Straight Roads Ditunda Ke Satu Tarikh Yang Masih Belum Ditentukan

Antara Bonus Pra-Tempah Cyberpunk 2077 - Korang Dapat 8 Lencana Berjahit Termasuk 7 Logo Gang

Antara Bonus Pra-Tempah Cyberpunk 2077 – Korang Dapat 8 Lencana Berjahit Termasuk 7 Logo Gang