Adakah tahun ini adalah tahunnya?

Sebelum ini telah banyak khabar angin mengatakan game eksklusif dari PlayStation yang paling dinantikan, The Last of Us Part II (TLOU2) bakal dikeluarkan pada tahun ini. Terbaru, ada lagi cakap-cakap yang menguatkan lagi ura-ura ini.

Dua penjual game yang berpangkalan di Australia, Harvey Norman dan EB Games telah meletakkan yang TLOU2 akan dilancarkan pada tahun 2018. Harvey Norman meletakkan yang game ini “bakal tiba 2018 (coming in 2018)”, walau bagaimanapun, EB Games pula menyatakan “akan disahkan pada 2018 (TBC 2018)”.

Di bawah adalah screenshot bagi kedua-dua laman jualan itu yang berjaya diambil oleh The Nerd Mag:

Seperti biasa, ini hanyalah khabar angin yang mungkin benar atau mungkin hanyalah placeholder yang diletakkan oleh kedua-dua kedai ini. Apa pun laporannya, kita tunggu sahajalah pengumuman rasmi yang bakal dibuat Sony, yang mana kemungkinan besar tarikh pelancaran TLOU2 akan diumumkan semasa acara E3 nanti.

JomBaca: Naughty Dog Sudah Siap Buat Sesi Percubaan The Last of Us Part II, Kata Pelakon Suara Joel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.