in , ,

The Last of Us HBO Umum Pelakon Watak Riley Dari DLC Left Behind, Storm Reid

Siri televisyen The Last of Us terbitan HBO telah mengumumkan seorang lagi pelakon baharu yang akan membintangi siri adaptasi video game popular itu.

Kali ini merupakan watak Riley Abel yang akan dilakonkan oleh Storm Reid, bintang muda yang mencipta nama dalam Euphoria dan A Wrinkle in Time.

Berita ini diumumkan oleh Deadline. Ia kemudiannya disahkan sendiri oleh orang kuat Naughty Dog, Neil Druckmann dalam satu tweet, yang mengalu-alukan kedatangan Reid ke dalam produksi tersebut.

Watak Riley muncul dalam satu-satunya DLC story dari game pertama The Last of Us yang dibangunkan Naughty Dog, iaitu Left Behind. Left Behind merupakan sebuah kandungan tambahan yang menjadi prekuel kepada game asal, membawa para pemain mengenali Ellie sebelum watak remaja itu bertemu dengan Joel.

Tidak banyak jalan cerita yang didedahkan setakat ini, dan kita belum tahu berapa banyak musim akan diterbitkan, namun kita sudah mengetahui bahawa musim pertama ini akan berdasarkan game pertama The Last of Us yang dilancarkan pada 2013, serta mempunyai 10 episod.

Dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey kembali bersatu sekali lagi dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie. 

Gabriel Luna bakal membawakan watak Tommy; pelakon Marlene dari game, Merle Dandridge akan menghidupkan watak yang sama; Nico Parker sebagai Sarah; Anna Torv sebagai Tess; Nick Offerman sebagai Bill; dan Murray Bartlett sebagai Frank.

Kerusi pengarah untuk episod pertama diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Neil Druckmann juga merupakan salah seorang pengarah episod.

Gambar pertama dari set penggambaran pernah dikongsikan secara rasmi, memaparkan Joel, Sarah dan Tommy dalam satu babak di dalam sebuah kereta.

Penerbitan siri TV adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri televisyen Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

The Last of Us merupakan siri TV hasil kerjasama HBO dengan Sony Pictures.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

2 Video Baru Dying Light 2 Diperlihatkan – Trailer Pelancaran, Gameplay Co-Op, Perbandingan Grafik

Respawn Dilaporkan Sedang Bikin Game Single-Player FPS Baru, Bukan Titanfall 3, Dilancarkan 2024/2025