in , ,

The Last of Us HBO: Nick Offerman Ganti Con O’Neill Sebagai Bill

Siri televisyen The Last of Us terbitan HBO sebelum ini telah mengumumkan siapakah yang akan menghidupkan watak Bill, namun pelakon itu kini telah ditukar.

Watak Bill pada asalnya akan dilakonkan oleh Con O’Neill, tetapi kini telah ditukar kepada Nick Offerman, lapor Variety.

O’Neill dilaporkan terpaksa meninggalkan produksi siri ini disebabkan pertembungan jadual yang tidak dapat dielakkan.

Selain Offerman, pelakon tambahan yang baru diumumkan menyertai siri ini ialah Murray Bartlett yang memegang watak Frank. Bagi yang pernah bermain game pertama The Last of Us yang dibangunkan Naughty Dog, tentunya mengenali siapa Bill dan Frank — dua sahabat yang hidup di sebuah pekan terpencil pasca-pandemik.

Tidak banyak jalan cerita yang didedahkan setakat ini, dan kita belum tahu berapa banyak musim akan diterbitkan, namun kita sudah mengetahui bahawa musim pertama ini akan berdasarkan game pertama The Last of Us yang dilancarkan pada 2013, serta mempunyai 10 episod.

Dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey kembali bersatu sekali lagi dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie. 

Gabriel Luna bakal membawakan watak Tommy; pelakon Marlene dari game, Merle Dandridge akan menghidupkan watak yang sama; Nico Parker sebagai Sarah; dan Anna Torv sebagai Tess.

Kerusi pengarah untuk episod pertama diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Neil Druckmann juga merupakan salah seorang pengarah episod.

Gambar pertama dari set penggambaran pernah dikongsikan secara rasmi, memaparkan Joel, Sarah dan Tommy dalam satu babak di dalam sebuah kereta.

Penerbitan siri TV adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri televisyen Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

The Last of Us merupakan siri TV hasil kerjasama HBO dengan Sony Pictures.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Uncharted: Legacy of Thieves Collection Akan Dilancarkan Bulan Depan Untuk PS5, Harga RM209

NirvanaMeta Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 14 Disember, Game Blok Rantai RPG Baru