in , ,

The Last of Us HBO: Ini Gambar Pertama Pedro Pascal, Bella Ramsey Sebagai Joel, Ellie

Buat julung kalinya, HBO telah memperlihatkan gambar pertama dari siri televisyen The Last of Us.

Gambar pertama ini memaparkan Pedro Pascal dan Bella Ramsey sebagai Joel dan Ellie dari pandangan belakang, yang mana mereka kelihatan seperti sedang menuju ke sebuah lokasi serpihan kapal terbang terhempas.

Sebagai teaser pertama, kita nampaknya belum boleh melihat wajah kedua-dua bintang utama ini dari hadapan.

Gambar ini didedahkan secara serentak di beberapa akaun media sosial rasmi para pelakon dan penulis siri adaptasi ini.

Neil Druckmann — penulis-bersama, penerbit eksekutif, pengarah — mendedahkan ketika pertama kali beliau melihat Pascal dan Ramsey di set penggambaran dalam kostum penuh, beliau memberikan reaksi: “Wah, ini sememangnya Joel dan Ellie!”

Druckmann turut menyatakan yang produksi siri televisyen itu kini dalam gerak kerja sepenuhnya.

Tidak banyak jalan cerita yang didedahkan setakat ini, dan kita belum tahu berapa banyak musim akan diterbitkan, namun kita sudah ketahui bahawa musim pertama ini akan berdasarkan game pertama The Last of Us yang dilancarkan pada 2013, serta mempunyai 10 episod.

Dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey akan kembali bersatu sekali lagi dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie.

Gabriel Luna bakal membawakan watak Tommy; pelakon Marlene dari game, Merle Dandridge akan menghidupkan watak yang sama; Nico Parker sebagai Sarah; dan Anna Torv sebagai Tess.

Kerusi pengarah untuk episod pertama diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Neil Druckmann juga merupakan salah seorang pengarah episod.

Gambar pertama dari set penggambaran sudah dikongsikan, memaparkan Joel, Sarah dan Tommy dalam satu babak di dalam sebuah kereta.

Penerbitan siri TV adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri televisyen Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

Ia merupakan siri TV hasil kerjasama HBO dengan Sony Pictures.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Siri Animasi League of Legends, Arcane Akan Ditayangkan Di Netflix Pada November, Saksikan Trailer Terbaru

Ini Mungkin Game PS5 Dengan Grafik Paling Realistik – Sampai Rasa Macam Nak Muntah