in , , ,

The Last of Us Adalah Kisah Teragung Dalam Gaming, Kata Craig Mazin

Kepada sesetengah gamer, kisah yang disampaikan dalam The Last of Us merupakan kisah terbaik yang pernah ada dalam mana-mana video game sehingga hari ini.

Terbaharu, salah seorang penerbit dan penulis tersohor dunia, Craig Mazin turut bersetuju dengan perkara ini dengan mengatakan ia adalah kisah teragung dalam gaming.

Kenyataan ini dikeluarkannya dalam satu temu ramah bersama Empire, lapor Gamespot.

Beliau menjelaskan bagaimana pembangunan karakter The Last of Us yang membumi (grounded) dan kisah-kisah kemanusiaan yang membuatkan game yang dibangunkan Naughty Dog itu lebih baik berbanding game-game lain.

Tentunya kenyataan ini mungkin boleh disifatkan sebagai sedikit bias kerana beliau merupakan showrunner kepada siri adaptasi The Last of Us yang diterbitkan oleh HBO.

The Last of Us akan menemui para peminat pada 16 Januari 2023. Untuk penonton di Malaysia, ia boleh ditonton di HBO GO.

Kita belum tahu berapa banyak musim akan diterbitkan, namun kita sudah mengetahui bahawa musim pertama ini akan berdasarkan game pertama The Last of Us yang dilancarkan pada 2013, serta mempunyai 10 episod.

Dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey kembali bersatu sekali lagi dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie. 

Gabriel Luna bakal membawakan watak Tommy; pelakon Marlene dari game, Merle Dandridge akan menghidupkan watak yang sama; Nico Parker sebagai Sarah; Anna Torv sebagai Tess; Nick Offerman sebagai BillMurray Bartlett sebagai Frank; dan Storm Reid sebagai Riley.

Pelakon suara untuk Joel dan Ellie dari game asal, Troy Baker dan Ashley Johnson akan turut membintangi siri tv ini sebagai antara watak utama. Namun, mereka belum dedahkan siapakah watak-watak tersebut.

Kerusi pengarah untuk episod pertama diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Neil Druckmann juga merupakan salah seorang pengarah episod.

Penerbitan siri tv adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri televisyen Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

The Last of Us merupakan siri tv hasil kerjasama HBO, Sony Pictures dan PlayStation Productions.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kojima Tak Mahu Adaptasi Filem Death Stranding Kelihatan Sama Macam Game

Hideo Kojima Mahu Terus Berkarya Untuk 100 Tahun Lagi Sebagai AI