in , , ,

The Last of Us 2 Pintas The Witcher 3 Sebagai Game Paling Banyak Menang Anugerah GOTY Dalam Sejarah

GameAwards.net merupakan sebuah portal yang mengumpulkan senarai anugerah game terbaik atau ‘Game of the Year’ (GOTY) yang dimenangi oleh game-game di seluruh dunia — sama ada anugerah itu diberikan oleh pengamal media mahupun undian yang dipilih peminat, semuanya dikumpulkan di laman web ini.

Selama lima tahun yang lalu, iaitu sejak 2015, The Witcher 3: Wild Hunt merupakan pemegang rekod kepada game yang paling banyak memenangi anugerah GOTY — mengumpulkan sebanyak 260 anugerah GOTY.

Dan kini, takhta tersebut telah bertukar tangan. Game yang dibangunkan Naughty Dog, The Last of Us Part II telahpun memintas jumlah anugerah GOTY yang dimiliki game terbitan CD Projekt Red itu.

Ketika artikel ini ditulis, The Last of Us Part II mengumpulkan 262 anugerah GOTY. Perlu diingat, bilangan ini mungkin boleh bertambah kerana disebabkan kita masih berada pada awal tahun 2021, maka masih ada pihak atau organisasi yang belum mengumumkan anugerah GOTY mereka untuk tahun 2020.

Sebagai perbandingan, di bawah ialah kedudukan jumlah anugerah GOTY yang pernah dimenangi oleh game seluruh dunia sepanjang zaman yang disediakan oleh GameAwards.net:

(The Last of Us Part II belum dimasukkan kerana kalendar penganugerahan 2020 masih belum tamat)

  1. The Witcher 3: Wild Hunt (2015) – 260
  2. The Last of Us (2013) – 254
  3. The Elder Scrolls V: Skyrim (2011) – 227
  4. The Legend of Zelda: Breath of the Wild (2017) – 224
  5. God of War (2018) – 209
  6. Uncharted 4: A Thief’s End (2016) – 174
  7. Grand Theft Auto V (2013) – 160
  8. Red Dead Redemption 2 (2018) – 149
  9. Dragon Age: Inquisition (2014) – 134
  10. Uncharted 2 (2009) – 112

Apa pandangan korang? Layakkah The Last of Us Part II dinonatkan sebagai game terbaik sepanjang zaman, mengalahkan The Witcher 3, berdasarkan bilangan anugerah GOTY yang dimenangi?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Bukan Geralt, Tapi Vesemir Yang Menjadi Watak Utama Dalam Filem Anime The Witcher Di Netflix

Durasi Tayangan Filem Anime The Witcher: Nightmare of the Wolf Tertiris Di Netflix

Lebih 30 Juta Akaun Diharamkan Garena Free Fire Pada 2020 Kerana Menipu