Tarikh pelancaran The Last of Us Part II boleh dikatakan sebagai teka-teki yang paling banyak dibincangkan sejak belakangan ini. Banyak laporan yang telah mengkhabarkan tentang bilakah game akan datang daripada Naughty Dog ini akan dilancarkan.

Namun, ada satu berita terbaru ini yang pastinya akan membuatkan kita tak senang duduk. Dalam satu temu bual panjang pelakon watak Ellie, Ashley Johnson bersama Critical Role, beliau kelihatan seperti telah tersasul menyebutkan tarikh pelancaran The Last of Us Part II, sebelum ia dipatahkan oleh pengacaranya.

Johnson kelihatan seperti tersasul menyebutkan “Fehb”, menandakan yang kemungkinan besar game ini akan dilancarkan pada Februari 2020.

Korang boleh saksikan temu bual di bawah, dan langkau kepada 1 jam 7 saat untuk saksikan saat Johnson tersasul.

Untuk menguatkan lagi berita ini, satu lagi sumber yang boleh dipercayai, iaitu penulis Kotaku, Jason Schreier pernah mengatakan pada Mei lalu bahawa beliau percaya yang game ini akan dilancarkan pada Februari 2020.

Kemudian, penganalisis video game Daniel Ahmad ada nyatakan di ResetEra bahawa tarikh pelancaran Februari adalah tarikh yang ditetapkan dalam studio Naughty Dog pada ketika ini.

Macam-macam boleh berlaku dari sekarang hingga Februari 2020. Jadi, selagi tiada kata rasmi daripada Sony dan Naughty Dog, sama-samalah kita menanti dengan penuh kesabaran.

JomKomen!