in ,

The Last of Us 2 Multiplayer Mungkin Satu Game Percuma Dengan Adanya Microtransactions

The Last of Us™ Part II_20200604190326

Sehingga kini, Naughty Dog secara rasminya masih belum lagi mengumumkan sebuah game standalone dalam dunia The Last of Us yang memfokuskan kepada Multiplayer.

Walau bagaimanapun, beberapa butiran baharu mengenai game tersebut muncul lagi.

Menurut Dexerto, laman “Career” di laman web rasmi Naughty Dog kini sedang membuka satu jawatan yang digelar “Senior Monetization / Economy Designer”. Deskripsi jawatan ini menyatakan (tanpa terjemahan):

“Embark on Naughty Dog’s newest adventure – the studio’s first standalone multiplayer game! We’re seeking to bring the same level of ambition and quality of our signature, story-driven games to this unique multiplayer project, so we are looking for an experienced, creative, and collaborative Monetization Designer to help us build an incredible, player-friendly economy. This position will have the opportunity to be highly innovative and make their mark by developing a best-in-class economy system from the ground up.”

Dalam deskripsi itu dengan jelas ia menyatakan yang jawatan itu akan membantu ekonomi (microtransactions) untuk game multiplayer standalone pertama studio tersebut.

Walaupun tidak menyebutkan secara spesifik mengenai sebuah game multiplayer untuk The Last of Us, namun kita sudah mengetahui bahawa sudah terdapat laporan mengatakan game multiplayer itu merupakan antara game yang sedang dibangunkan oleh Naughty Dog.

Deskripsi jawatan itu juga tidaklah menyatakan sebarang info mengenai game itu menggunakan model bisnes game percuma (free-to-play), namun berdasarkan trend game-game multiplayer moden masakini, dengan adanya ekonomi yang “mesra pemain”, kemungkinan besar ia merupakan sebuah game percuma.

Malah, ada ura-ura sebelum ini yang mengatakan game itu kelak akan mempunyai elemen seumpama battle royale.

JomBaca: Pengarah The Last of Us 2 Sudah Mula Mengacah Multiplayer – “Ianya Akan Berbaloi”

Apa-apa pun, seperti biasa, selagi perkara ini belum disahkan secara rasmi, anggap saja spekulasi ini sebagai satu khabar angin.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pengarah Kata Jualan Days Gone Sebagus Ghost of Tsushima Tapi Pengurusan Sentiasa Anggap Satu Kekecewaan

The Witcher Musim 3 Dilaporkan Akan Mula Penggambaran Pada Mac Ini