in , ,

The Last of Us 2 Multiplayer Dilaporkan Mempunyai Aset Yang Menjurus Ke Arah Battle Royale

Walaupun francais The Last of Us lebih dikenali sebagai sebuah game yang memfokuskan kepada penceritaan, namun mode multiplayer dalam game pertama memiliki kumpulan peminatnya yang tersendiri.

Sejak sekuelnya dilancarkan, ramai yang tertanya-tanya, adakah Naughty Dog merancang untuk membawa masuk multiplayer ke dalam The Last of Us Part II juga?

Seorang Youtuber, Speclizer telah memuatnaik satu video yang berkongsikan apakah yang beliau temui semasa menggali fail-fail dalam The Last of Us Part II. Apa yang menarik adalah beliau telah menemui aset-aset multiplayer yang kelihatan menjurus ke arah mode seumpama battle royale.

Pertamanya, beliau menemui sebuah map yang memaparkan ruang yang cukup luas. Antara lokasi dari dalam game sekuel itu yang dimasukkan ke dalam map ini adalah Port of Camallito, Camallito, Adler Park, dan Adler Plaza serta beberapa lokasi tumpuan lain seperti stesen minyak, estet, pusat alam semulajadi, dan motel.

Menurutnya, melalui saiz map yang besar ini, ia sememangnya sangat sesuai untuk bermain battle royale.

Selain itu, Speclizer turut menemui kompas, skrip untuk emote, serta bilangan pemain — sesuatu yang boleh dikatakan hanya digunakan untuk battle royale.

Berikut merupakan antara butiran menarik lain yang beliau temui dalam fail-fail multiplayer:

  • Kolar yang mungkin akan menampilkan anjing dalam multiplayer
  • Peranti Listen Mode, yang mana kemungkinan, tidak seperti dalam story di mana pemain boleh menggunakan Listen Mode pada bila-bila masa, dalam multiplayer pula perlu mendapatkan dulu peranti tersebut.
  • Model backpack yang terkait dengan enam kelas berbeza untuk pemain: assault, melee, sniper, stealth, support, dan tactical.

Korang boleh lihat penerangannya dalam video bawah:

Walau bagaimanapun, harus diingat, ini hanyalah aset-aset yang ditemui dalam penggaliannya terhadap fail-fail dalam The Last of Us Part II. Tidak semestinya aset yang ada dalam sesebuah game itu akan digunakan, malah mungkin juga ia hanyalah aset tinggalan yang dibiarkan saja di dalam game tersebut.

Buat masa ini, Naughty Dog belum lagi mengumumkan sebarang perancangan untuk multiplayer dalam sekuel itu. Namun, kira-kira setahun lalu, Neil Druckmann ada mengacah para peminat dengan “sesuatu yang amat berbaloi”, yang mana ramai meneka bahawa ia merupakan multiplayer untuk game itu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield 2042: Saksikan Gameplay Helikopter, Kereta Kebal Dari Sesi Percubaan Teknikal

Call of Duty: Vanguard Diumumkan Melalui Teaser Trailer, Acara Pendedahan Penuh Dalam Warzone