in ,

The Last of Us 2 Kini Game Eksklusif PS4 Terpantas Terjual Dengan 4 Juta Unit Dalam 3 Hari

Di sebalik bermacam kontroversi yang melanda game ini, ia nampaknya tidak memberikan banyak kesan kepada jualannya.

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan bahawa The Last of Us Part II kini merupakan game ekeklusif PS4 paling pantas terjual. Game yang dibangunkan Naughty Dog ini berjaya mencapai jualan sebanyak 4 juta unit hanya dalam masa tiga hari pelancaran — iaitu dari 19 Jun hingga 21 Jun.

“Kami sangat berterima kasih kepada jutaan peminat yang di seluruh dunia yang telah bermain The Last of Us Part II dan berkongsikan pengalaman mereka dengan kami sejak minggu lalu,” kata pengarah game ini, Neil Druckmann. “Kami memutuskan untuk menceritakan cara kisah yang baharu, sesuatu yang berhadapan dengan tema yang sukar dan akan mencabar kamu dalam pelbagai cara yang tidak dijangka.”

Di akhir kenyataan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran PlayStation Worldwide, Eric Lempel menyatakan yang mereka akan terus membawakan para pemain dengan pengalaman unik dan dalam masa mereka tidak sabar untuk generasi seterusnya, beliau mengingatkan yang masih ada banyak game yang bagus akan dilancarkan ke PS4.

Mampukah Ghost of Tsushima memecahkan rekod The Last of Us Part II ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Twitch Haramkan Dr Disrespect Daripada Platform Streaming Itu, Dilaporkan Pengharaman Kekal

Twitch Haramkan Dr Disrespect Daripada Platform Streaming Itu, Dilaporkan Pengharaman Kekal

Boleh Jadi The Witcher Seterusnya Akan Fokus Kepada Kisah Ciri, Acah Penulis CD Projekt Red

Cyberpunk 2077: Ada Easter Egg The Witcher 3 Dalam Prolog Awal