in , ,

The Last of Us 2: Kawasan Eksplorasi Lebih Luas Untuk Diterokai, Kombat Lebih Mendalam

Seperti dijanjikan sebelum ini, Sony dan Naughty Dog telah mengeluarkan episod kedua dalam siri pendek video penerangan untuk The Last of Us Part II.

Dalam video kali ini, para pembangun memfokuskan kepada penerangan tentang ciri-ciri gameplay terbaharu yang telah ditambahbaik berbanding game pertama.

Mereka menjelaskan tentang kawasan eksplorasi luas yang lebih terbuka, Ellie kini boleh melompat dan memanjat ke tingkat lebih tinggi, pertarungan yang lebih mendalam, serta bagaimana game ini nanti akan menarik pemain untuk kembali bermain untuk kali kedua kerana akan ada babak-babak yang mungkin mereka akan terlepas dalam playthrough pertama.

Walau bagaimanapun, tiada paparan gameplay baharu, yang mana mereka hanya menjelaskannya berdasarkan gameplay yang pernah diperlihatkan sebelum ini.

Korang boleh tontonnya di bawah:

Seperti video-video sebelum ini sejak jalan cerita utamanya telah tertiris, Sony telah menutup ruangan komen dan nisbah like/dislike di Youtube untuk video ini juga. Naughty Dog sendiri akui yang game ini nanti akan memecahbelahkan para peminat.

The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun ini, eksklusif untuk PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Call of Duty Tahun Ini Akan Digelar Black Ops Cold War, Menurut Beberapa Sumber Kuat

Civilization 6 Diumumkan Untuk Konsol PS4 & Xbox One, Dilancarkan Pada November

Civilization VI Pula Kini Diberikan Secara Percuma Sepanjang Minggu Ini Di Epic Games Store