in , ,

The Last of Us 2 Hadir Dengan Kemaskini Percuma Untuk PS5 Dengan Pilihan 60FPS

Naughty Dog telah melancarkan kemaskini percuma The Last of Us Part II khas untuk PlayStation 5, yang mana ia sudah boleh dimuat-turun sekarang.

Ciri utama yang ditambah adalah membawakan framerate yang lebih tinggi iaitu sehingga 60FPS. Pemain akan diberi pilihan untuk masih menggunakan 30FPS atau 60FPS.

Framerate yang lebih tinggi ini melengkapkan ciri-ciri backward compatibility PS5 dari game PS4 yang sudahpun ditampilkan sebelum ini seperti resolusi lebih baik, tempoh loading lebih pantas dan banyak lagi.

Lebih menarik adalah di akhir kenyataan di PlayStation Blog itu, Pengarah Komunikasi Naughty Dog, Arne Meyer telah mengacah sedikit apakah yang mereka telah dan sedang lakukan di belakang tabir.

Beliau mendedahkan yang pasukan mereka telah mempelajari hardware PS5 dan apakah kemungkinan yang mampu dicapai melaluinya sejak pelancaran konsol itu akhir tahun lalu. Kemaskini The Last of Us Part II ini, katanya, merupakan langkah pertama untuk bekerja dengan PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Grand Theft Auto V Akan Dilancarkan Ke PS5, Xbox Series Pada November

Antara Game Paling Tinggi Rating Di Nintendo Switch Sekarang Adalah… Aplikasi Kalkulator