Ini bukanlah kali pertama kita dengar tentang The Last of Us Part II mungkin akan dilancarkan pada bulan Februari 2020. Sebelum ini, pelakon suara Ellie, Ashley Johnson telah hampir tersasul menyebutkan waktu pelancaran yang sama.

Terbaru, satu lagi laporan baru turut mengatakan game keluaran Naughty Dog yang sangat dinantikan ini pada Februari 2020. Satu post di forum gaming China (via Push Square) ada menyebutkan yang Februari merupakan waktu terbaik untuk melancarkan game ini.

Kenyataan ini disokong pula oleh individu yang cukup terkenal dalam melaporkan perihal gaming, ZhugeEX, yang mana beliau turut menambah bahawa akan ada empat edisi yang dirancang dilancarkan kelak.

Empat edisi tersebut dikatakan ialah ‘standard edition’, ‘special edition’, ‘collector’s edition’, dan yang paling menarik, ‘Ellie edition’.

Jadi apa pandangan korang? Mungkinkah benar yang The Last of Us Part II akan dilancarkan pada Februari 2020?

JomKomen!