Setelah sekian lama menyepikan diri, Naughty Dog kembali untuk berkongsikan perkembangan terbaru tentang game mereka yang sangat dinantikan.

Naughty Dog akan mengadakan sidang media untuk The Last of Us Part II pada 24 September ini. Berita ini diumumkan oleh personaliti gaming terkenal, Geoff Keighley di Twitter. Tiada apa yang didedahkan oleh beliau tentang sidang media tersebut selain hanya menyatakan tarikh dan tempat ia akan berlangsung, iaitu di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Ini pastinya satu berita yang sangat kita tunggu-tunggu selepas kali terakhir Naughty Dog berkongsikan gameplay pada Jun 2018.

Apakah yang akan dikongsikan dalam sidang media akan datang ini? Gameplay baru? Gameplay sama yang dikongsikan dalam acara tertutup baru-baru ini?

Atau mungkin akhirnya tarikh pelancaran akan diumumkan? Mungkinkah akan dilancarkan pada Februari 2020 seperti beberapa khabar angin yang kencang sebelum ini?

Sama-sama kita nantikan.

JomKomen!