in ,

The Game Awards Kembali Disember Ini – Siaran Langsung Dari 3 Lokasi Berbeza

Salah satu majlis anugerah gaming tahunan yang menarik paling banyak perhatian, The Game Awards tetap berjalan seperti biasa pada tahun ini di sebalik wabak pandemik yang sedang melanda dunia ketika ini.

Mengumumkannya di Twitter, The Game Awards akan diadakan pada 10 Disember (mungkin berbeza tarikh di Malaysia kerana belum mengumumkan waktu tepat acara ini akan berlangsung).

Kelainan yang dibawakan pada tahun ini ialah acara tersebut akan bersiaran langsung dari tiga lokasi berbeza, dari tiga buah benua berbeza — iaitu di Los Angeles, London dan Tokyo.

Tema yang digunakan pada kali ini ialah “A Multiworld Of Wonder Awaits” (keajaiban dari pelbagai dunia menanti).

Dalam satu tweet berasingan oleh penerbitnya, Geoff Keighley mengumumkan The Game Awards tahun ini akan memperkenalkan satu anugerah baharu iaitu Innovation in Accessibility (Inovasi dalam Kebolehcapaian). Anugerah ini akan menghargai pembangun-pembangun yang menggerakkan medium ini ke hadapan dengan menambah fungsi, teknologi dan kandungan untuk membantu game dimainkan dan dinikmati oleh lapisan gamer yang lebih meluas.

Pastinya dari semasa ke semasa sehingga acara kemuncak berlangsung, mereka akan berkongsikan butiran lanjut seperti apakah pencalonan game-game yang akan dipertandingkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Pembangun Among Us Batalkan Sekuel, Fokus Kini Untuk Tambah Kandungan

Pembangun Among Us Batalkan Sekuel, Fokus Kini Untuk Tambah Kandungan Game Sedia Ada

Football Manager 2021 Diumumkan Untuk PC, Xbox, Switch, Mobile - Tiada Untuk PS4, PS5

Football Manager 2021 Diumumkan Untuk PC, Xbox, Switch, Mobile – Tiada Untuk PS4, PS5