in

The Frankfurt Major 2015: Team OG Kejutkan Pasukan Pilihan, Team Secret!

dota_001

Mengejutkan! Itu saja yang penulis boleh katakan di pertandingan The Frankfurt Major Tournament kali ini.

Pertandingan yang berlangsung di Frankfurt, German selama 5 hari – berakhir pada 21 November 2015 telah dimenangi oleh team OG yang telah mengejutkan pasukan pilihan iaitu Team Secret dengan kemenangan bergaya 3-1.

dota-2-frankfurt-final-001
Pasukan OG dengan trofi kemenangan

Dengan kemenangan ini, OG membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai sebanyak USD1,110,000, Team Secret di tempat kedua membawa pulang USD405,000 dan Evil Geniuses di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak USD315,000.

dota-2-frankfurt-final-002
Team Secret sekadar di tempat kedua

Wakil dari Malaysia, Team Fnatic sekali lagi mengecewakan peminat mereka dengan persembahan yang kurang memberangsangkan dan hanya sekadar layak ke pusingan lower bracket sebelum tewas kepada Team OG. (Waaa! Rindu Team Orange!)

Sebelum JomGaming mengundur diri jom kita layan dulu sedikit rangkuman perlawanan akhir di antara OG menentang Team Secret:

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Call of Duty: Black Ops 3: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Star Wars Battlefront: Boleh Beli or Boleh Blah!?