Embark Studios merupakan antara studio baharu yang perlu kita ikuti dengan rapat. Hal ini kerana studio tersebut dibarisi kebanyakan pembangun veteran dari DICE yang sebelum ini pernah membangunkan siri Battlefield.
Tahun lalu, Embark telah mengumumkan game pertama mereka iaitu ARC Raiders, namun, Embark telah mendedahkan yang game ini telah ditunda kerana ingin memfokuskan sebuah game lain yang menggunakan nama kod “Project Discovery”.
Terkini, “Project Discovery” itu telah mendapat judul rasmi, iaitu game ini akan dikenali sebagai The Finals.
Sebuah trailer baharu untuk The Finals serta beberapa butiran mengenainya telah dikongsikan.
Embark menggambarkan game first-person shooter ini sebagai sebuah game percuma (free-to-play) yang memfokuskan kepada kombat.
Daripada deskripsi yang disediakan, ia kedengaran seperti sebuah game kompetitif arena PvP seakan-akan Overwatch atau Valorant. Namun apa yang membezakannya adalah arena dinamik yang bakal mereka sajikan dalam game ini.
Game ini kelihatan seperti boleh memusnahkan bangunan dan kawasan sekeliling mengikut strategi yang diingini bagi memberikan kelebihan kepada pasukan masing-masing.
Trailer yang disaksikan juga memperlihatkan banyak bangunan yang boleh diletupkan, sesuatu yang mempunyai aura seperti game-game Battlefield.
Menariknya, antara tagline yang digunakan adalah “jangan hanya lepaskan tembakan, tapi runtuhkan juga bangunan!” Malah, arena yang akan dibawakan ke dalam game ini adalah berdasarkan lokasi-lokasi dari dunia sebenar.
Jom layan:
Buat masa ini, mereka hanya mengumumkan The Finals untuk PC, dan belum ada lagi tarikh pelancaran. Walau bagaimanapun, korang dah boleh letakkan game ini dalam Wishlist di Steam.
Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks!