in , , ,

The Escapists: The Walking Dead

the-escapists-001

Yeah! The Escapists datang lagi dan kali ini dengan sekuel terbaru mereka yang diambil dari drama bersiri The Walking Dead.

Developer Team17 Digital Ltd mengumumkan The Escapists: The Walking Dead akan berada di pasaran pada 16 Februari 2016. Game yang berkonsepkan puzzle role-playing games dan dimainkan secara top-down perspective ini akan berada di console Xbox 360, Xbox One, PlayStation 4 dan PC – Windows dan Linux.

the-escapists-002

Seperti dalam drama bersiri The Walking Dead, korang akan bermain sebagai Rick Grimes, hero kacak dalam siri ini, yang akan mengetuai beberapa survivor yang terselamat dari serangan zombie.

Selesaikan puzzle dan pastikan keselamatan mereka semua, Rick perlu memastikan tiada ancaman zombie, dan membawa kesemua survivor ke tempat perlindungan yang selamat.

the-escapists-003

Jom kita usha sedikit trailer game The Escapists: The Walking Dead:

So, penulis rasa, siapa peminat siri The Walking Dead pasti beli game ini, kan? Nampak menarik dan mencabar. Kita tunggu bulan Februari nanti.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Call of Duty: Black Ops 3: Bersedia Untuk DLC Yang Pertama!

Rainbow Six Siege: Mengapa Rainbow Vs Rainbow Dalam Multiplayer?