in , , , , ,

The Division: Update Incursions, Raid Sulung Yang Dinantikan Telah Tiba!

Agents Division yang kelaparan aksi dan gear yang hebat, jangan bimbang dengan adanya update Incursions! Antara content yang terdapat adalah aktiviti Raid bernama Falcon Lost, Gear Score, Gear Set, Trading, Assignments, dan Dark Zone Supply Drops.

12 April merupakan hari yang paling dinantikan Agent Division dengan update sulung percuma! Update Incursions v1.1 sebesar 4.9GB ini merangkumi updates yang dapat memperbaharui gameplay The Division dengan content-content baru!

Mini-Raid: Falcon Lost merupakan sebuah PvE mode yang memerlukan teamwork yang hebat untuk berjaya. Semestinya lebih mencabar dari Challenge mode dan mempunyai mechanics ala-ala raid style.

  • Mission terbaru Falcon Lost kini dibuka di Stuyvesant.
  • Agent haruslah level 30 ke atas.
  • Wajib habiskan Mission General Assembly.
  • 4 players dengan gear yang high-level.
tc-the-division-update-1-1-incursions-falcon-lost-map-location
Lokasi Incursion, Falcon Lost di Stuyvesant

Assignment Global dan Personal akan diberi kepada agents secara automatik apabila agent log-in. Assignment boleh di-check di Menu > Map > Mission Overview

  • Terdapat Assignment Daily (24 jam) dan Weekly (7 hari).
  • Assignment terdapat dalam 3 category – Combat, Dark Zone, Crafting.
  • Kebanyakan assignment boleh di-solo tetapi pertolongan dari agent lain boleh mempercepatkan progress game.

Sudah Level 30? Tak cukup! Kini Agents harus mengejar untuk naik kan Gear Score!

  • Gear piece yang bukan cosmetic mempunyai gear score value.
  • Lagi tinggi gear score, lagi power gear yang di gunakan tu.
  • Gear score boleh tengok dekat main menu sebelah player level.
  • Meningkatkan gear dan overall gear score boleh bikin agent korang masuk challenges yang lagi mencabar, thus better loot drop.
gearscore-division
Gear score yang menentukan kekuatan seorang Agent

Selain itu, terdapat Gear Set boleh dapat dari settle-kan aktiviti yang challenging dalam Manhattan

  • Kumpul and pakai gear set sedondon akan mengaktifkan stat bonuses dan talents yang unique dan gempaks.
  • Antara Gear Set yang ada dan sesuai untuk…
    Tacticians AuthorityElectronics dan support.
    Strikers Battlegear – Suka akan assault di baris hadapan
    Sentry’s Call – Kaki sniper
    Path of the Nomad Kaki solo
the-division-incursions-set-gear-bonuses-700x344
Bonus-stats Gear Set dalam update Incursion

Sekarang korang dah tak payah berebut loots! Kini korang boleh trade loots terus dengan member! Sharing is caring uolls~

  • Loot yang dijatuhkan oleh mobs boleh di trade antara agents.
  • Tukar weapon dengan meletakkan weapon tersebut dalam category “Loot” so kawan korang boleh ambil.
  • Boleh dikongsi dalam masa sejam gear tersebut dikutip je.
  • Item boleh share dengan agents dalam group atau berada dalam group tu ketika weapon tu dah drop.

Hutang-hutang budi juga bakal dibayar dengan Dark Zone Supply Drops. Apalah permainan The Division tanpa secebis drama? Ujian kesetiaan terhadap kawan?

  • Dark Zone Supply Drops dimana SHD menjatuhkan ‘loots’ untuk (konon) ‘assist’ Agent dalam Dark Zone.
  • Supply Drop akan dijatuhkan beberapa kali sehari.
  • Loots dari Supply Drop adalah non-contaminated. Maka tak payah extract, guna terus!
  • Jangan gaduh dengan kawan sendiri bila agih weapon. Tak baik.
  • Bukan korang berempat je dalam server, selamat berebut dengan lagi 20 orang. GLHF! *makan pop-corn*

Team JomGaming mengucapkan Selamat Berjaya kepada semua agent yang bakal menempuhi pagar Incursions selepas update ini! Have a blast!

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Babak Pembukaan Uncharted 4 Adalah Yang Terbaik Dalam Sejarah, Kata Naughty Dog

Yakuza 0 Keluar Versi Inggeris Pada Tahun 2017!