in , ,

The Division: Ubisoft Umum Tarikh Open Beta, Pemain Bakal Dapat Reward Istimewa!

Masih ingat lagi tarikh Open Beta yang telah leaked, seperti yang kami telah laporkan sebelum ini?

the-division-beta-logo

Malam tadi, Ubisoft telah mengumumkan secara rasmi tarikh Open Beta untuk Tom Clancy’s The Division adalah pada 19 hingga 21 Februari. Seperti Closed Beta tempoh hari, para pemain di Xbox One akan mendapat early access, sehari lebih awal dari PS4 dan PC, iaitu pada 18 Februari.

Walau bagaimanapun, kesemua pemain di semua platform boleh pre-load Open Beta ini bermula pada 16 Februari.

Seperti kebiasaannya, Open Beta ini dilakukan bagi mencuba beberapa sistem yang terdapat dalamnya dan pemain akan memberikan maklum balas bagi mencantikkan lagi game ini sebelum pelancarannya nanti. Sama ada korang mencuba Closed Beta tempoh hari ataupun tidak, korang dapat merasai kesuraman Bandar New York pasca-bencana dalam Open Beta ini nanti.

the-division-shield-hammer

Untuk menarik pemain untuk kembali mencuba lagi Open Beta ini, mereka akan memberikan satu story mission baru yang tidak terdapat dalam Closed Beta. Selain itu, para pemain yang mencuba Open Beta juga akan mendapat reward yang istimewa untuk game penuh nanti.

Ubisoft juga mengatakan mereka telah memperbaiki kebanyakan cheating issues di PC yang terdapat dalam Closed Beta, dan akan memperbaiki kesemuanya menjelang pelancarannya kelak.

Terbaru, mereka telah memperkenalkan Enemy Factions, atau dalam kata mudah, geng-geng jahat yang terdapat dalam game ini. Jom kita layan video pengenalan ini:

Game penuh Tom Clancy’s The Division akan menemui korang pada 8 Mac 2016 untuk Xbox One, PS4 dan PC.

JomBaca: The Division: Console Boleh Ubah Visual Settings Untuk Frame Rate Lebih Baik

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Street Fighter 5: Jimat Duit, Tak Payah Beli Pengganti Fightstick PS3!

JomUnbox: Collector’s Edition Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4!