in , , , ,

The Division: Saiz Game Penuh Versi Digital Dah Leaked!

Nampaknya saiz game penuh Tom Clancy’s The Division versi digital tidak banyak berbeza daripada versi Closed Beta tempoh hari.

division

Store page game ini di Xbox One telah meletakkan saiz game penuh versi digitalnya, iaitu 32.29 GB – tidak jauh dengan saiz Closed Beta-nya, iaitu 27 GB. Sudah pasti saiz di Xbox One akan sama dengan saiz di PS4, dan kebiasaannya saiz akan lebih tinggi di PC.

The Division versi Closed Beta tempoh hari tidak memberikan feature dan map yang penuh. Ia juga masih lagi mempunyai beberapa minggu sebelum game penuh dilancarkan, jadi saiznya mungkin akan berubah, namun yang pasti ia tidaklah akan jauh dari saiz yang telah diletakkan di store Xbox tersebut.

division

Ubisoft telah pun mengumumkan tarikh Open Beta yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Game penuh Tom Clancy’s The Division akan dilancarkan pada 8 Mac 2016.

JomBaca: The Division: 5 Pembaharuan Dalam Open Beta Yang Korang Wajib Tahu!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Megadimension Neptunia VII: Boleh Beli or Boleh Blah!?

XCOM 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?