in , ,

The Division: Jom Tengok Semua Emotes Yang Ada!

Tiada mikrofon? Ini caranya untuk korang berkomunikasi di tengah-tengah kota New York yang huru-hara.

the-division-shield-hammer

Untuk kekal hidup dalam suasana dan persekitaran pasca-malapetaka di bandar Manhattan ini bukanlah mudah. Komunikasi memainkan peranan yang penting untuk memastikan tiada salah faham antara satu pemain dengan pemain yang lain.

Oleh itu, seorang youtuber, Arekkz telah menyenaraikan kesemua 6 emotes yang ada dalam The Division (video di atas). 6 emotes tersebut adalah surrender, salute, jumping jacks, help, applaud dan wave.

Arekkz mengatakan bahawa jumping jacks telah dikenali sebagai isyarat “rilek bro, gua datang dengan aman. Gua tak kacau lu bro”. Namun, jika korang tidak bernasib baik dan berjumpa dengan pemain yang bersikap hipokrit dan berniat jahat, korang mungkin akan dipergunakan dengan emote-emote ini. Mempercayai seseorang adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan dalam game ini.

Beta untuk Tom Clancy’s The Division ini akan dapat dimainkan sepanjang hujung minggu ini. Game penuh pula akan berada di pasaran pada 8 Mac.

JomBaca: The Division: Beberapa Isu Yang Korang Perlu Tahu Sepanjang Beta

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rise of the Tomb Raider: Trailer Untuk PC Dan DLC Percuma Di Steam!

Destiny vs The Division: Adakah The Division Bakal Menenggelamkan Destiny?