in , ,

The Division: Beberapa Isu Yang Korang Perlu Tahu Sepanjang Beta

Bersesuaian dengan namanya, versi Beta untuk Tom Clancy’s The Division pastinya tidak dapat lari dari beberapa isu dan bugs.

the-division-4k

Jadi, untuk buat para pemain lebih bersedia, pihak Ubisoft telah menyenaraikan beberapa isu yang bakal dihadapi oleh pemain sepanjang Beta testing yang akan dijalankan hujung minggu ini. Senarai penuh isu-isu tersebut adalah seperti berikut:

Performance

Kesemua Platform:

Capture Card – Pemain yang menggunakan Windows 10 akan mengalami corrupted video signal output apabila menggunakan external video capture card/device. Model capture card yang terbabit: Atomos Assassin, Elgato Gaming HD60, Atomos Shogun dan mungkin beberapa lagi.

Textures – World textures mungkin akan di-render dengan sangat perlahan semasa pemain mahu respawn.

PC:

VSync – Pemain yang menggunakan VSync akan mengalami FPS drop yang ketara [Penyelesaian]: Jangan gunakan VSync.

Windowed/Borderless modes – FPS mungkin akan drop ke bawah 20 apabila game dimainkan dalam windowed atau borderless modes [Penyelesaian]: Gunakan skrin penuh untuk memaksimumkan FPS.

Nvidia Graphics – Pemain mungkin mengalami graphical corruptions dan visual artifacts apabila menggunakan Nvidia Graphics Cards.

Population – Dalam sesetengah keadaan di mana Dark Zone terlalu sesak di kawasan yang kecil, pemain mungkin akan mengalami isu-isu performance seperti delayed damage atau animation glitches.

Pemilihan watak – Pemain mungkin mengalami graphical corruption sekitar model watak mereka dalam skrin pemilihan watak pada resolusi yang lebih tinggi daripada 1080p.

the-division-4k-02

Gameplay

Kesemua Platform: 

Mission Saving Private O’Brian – Gelombang kedua musuh tidak selalu menyerang pemain jika dia dikalahkan pada gelombang pertama terlalu cepat. [Penyelesaian]: Keluar dari kawasan mission dan masuk semula untuk memulakan semula mission tersebut.

PS4 & Xbox One:

Premium Subscription – Pemain boleh menjadi tersekat di checkpoint Dark Zone jika langganan console premium mereka (PS Plus/Xbox Live Gold) tamat semasa pemain berada di dalam checkpoint.

Vibration option- Vibration controller akan ON setiap kali pemain respawn.

PC:

Tidak boleh shoot – Pemain mungkin tidak dapat shoot atau menukar ke weapon lain selepas keluar dari Chelsea Pier [Penyelesaian]: Restart semula game.

Interface

Kesemua Platform:

GPS – GPS dalam World Map mungkin akan menghantar pemain ke jalan mati atau ke kawasan di luar kawasan Beta.

PC:

Bahasa – Selepas install game dalam bahasa selain dari Bahasa Inggeris, game akan launch juga dalam Bahasa Inggeris pada pertama kali. [Penyelesaian]: Pilih bahasa korang dalam skrin pemilihan bahasa semasa pertama kali launch game tersebut.

Bug & Glitches

Kesemua Platform:

Proximity Voice Chat – Pemain mungkin akan mengalami masalah semasa berkomunikasi dengan Proximity Voice Chat dalam Dark Zone seperti kualiti audio yang lemah atau gangguan sementara. [Penyelesaian]: Chat ini kini hanya menghadkan kepada 8 pemain pada suatu masa.

Jatuh ke bawah map – Pemain akan jatuh ke bawah map apabila join pemain lain yang sedang menonton Intro Cinematic. [Penyelesaian]: Pemain akan teleport semula ke checkpoint selepas keluar dari map yang boleh dimainkan.

the-division-car

Ubisoft Club

Kesemua Platform:

Action – Ubisoft Club Beta Action mungkin tidak akan unlock apabila pemain create satu akaun Uplay dalam waktu yang sama ketika sesi bermain. [Penyelesaian]: Log in semula.

Beta untuk The Division akan bermula 5 petang ini untuk Xbox One, dan 8 malam esok untuk PS4 dan PC.

JomBaca: The Division: Grafik Buruk!? Ubisoft Kembali Dengan Screenshot 4K!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dangerous Golf: Game Golf Yang Lain Dari Yang Lain!

Global Game Jam 2016: Apabila Game Developers Seluruh Dunia Lepak & Bertukar Idea!