Epic Games semakin mengganas untuk memberi saingan kepada Valve.

Ubisoft dan Epic Games baru sahaja mengumumkan kerjasama antara dua syarikat gaming gergasi itu untuk membawakan Tom Clancy’s The Division 2 ke Epic Games Store. Pengumuman ini sekaligus menandakan yang game ini tidak akan dilancarkan ke Steam.

Korang kini sudah boleh mula pra-tempah The Division 2 melalui Epic Games Store, yang mana game ini bakal dilancarkan pada 15 Mac 2019. Selain Epic Games Store, The Division 2 tetap masih boleh dibeli melalui Ubisoft Store.

The Division 2 bukan satu-satunya game dari Ubisoft yang akan dilancarkan ke Epic Games Store. Mereka mendedahkan yang akan ada beberapa game lain yang bakal dibawakan dan info tentang itu akan dikongsikan pada tahun ini.

Dalam pengumuman ini juga, CEO Epic Games menekankan yang Epic bercita-cita untuk menyediakan store yang lebih publisher-friendly, dengan mengenakan pembahagian pendapatan sebanyak 88 peratus. Sebagai perbandingan, Valve mengenakan pembahagian pendapatan sebanyak 70 peratus sahaja di Steam.

Jadi, bagi korang yang nak pra-tempah The Division 2, janganlah dicari di Steam pula ya. Memang takkan jumpa.

Untuk pemain konsol, janganlah kelam-kabut pula. Kerjasama antara Ubisoft dan Epic ini hanyalah untuk versi PC. Di platform PS4 dan Xbox One, boleh dapatkan di store konsol masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.