Sudah bersedia untuk menjadi Agent dan menyelamatkan Washington pula?

Ubisoft baru sahaja mengeluarkan video trailer terbaru untuk game sekuel shooter akan datang mereka, The Division 2. Dalam trailer kali ini, ia memperlihatkan apakah jalan cerita yang bakal dibawakan ke dalam game ini, dan korang boleh saksikannya di bawah:

Bersama-sama dengan trailer ini, Ubisoft telah mengumumkan tarikh untuk Private Beta. Sesi percubaan ini akan diadakan dari 7 Februari hingga 10 Februari ini untuk mereka yang telah pre-order The Division 2 di PC, PS4 dan Xbox One.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, untuk versi PC, The Division 2 telah meninggalkan gedung jualan Steam, dan kini boleh dibeli melalui Epic Games Store dan Ubisoft Store. Walau bagaimanapun, bagi korang yang telah pre-order game ini terlebih dahulu di Steam (ketika masih ada lagi Steam), korang tetap akan mendapat akses kepada Private Beta.

The Division 2 akan dilancarkan pada 15 Mac ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!