Sebaik sahaja Operation Dark Hours (ODH) iaitu Raid pertama dalam francais The Division dibuka, sebuah kumpulan dari clan POG berjaya menghabiskan dalam masa 5 jam pertama.

Disebabkan ini adalah raid pertama di dalam The Division 2 (TD2) yang memerlukan kerjasama 8 orang, banyak kali streamer Marcostyle bersama clan beliau dari POG mati dan mengubah taktik sehingga berjaya menumpaskan boss terakhir dalam masa 5 jam.

Di checkpoint terakhir sahaja memakan masa selama 3 jam! Marco dan team beliau juga mencuba sekali lagi tidak lama kemudian dan hanya memakan masa 1 jam 30 minit.

Kemenangan raid pertama tersebut memberi ‘loot’ istimewa kepada pemain-pemain lain yang menonton stream Marcostyle sebagai meraikan kemenangan pertama raid di dalam sejarah francais The Division. Ubisoft turut mengatakan kesemua 8 orang yang berjaya menumpaskan Raid tersebut akan mengukir nama pemain secara kekal di White House di dalam game tersebut.

Bagi mereka yang dapat menghabiskan ODH sebelum 23 Mei akan mendapat Commemorative Arm Patch sebagai tanda mereka yang berjaya menghabiskan raid ini pada awal minggu pembukaan.

Leaderboard di server PS4 pada 2.30 pagi, dalam 25 jam selepas raid diumumkan
Leaderboard di server PS4 pada 3.30 pagi, dalam 26 jam selepas raid diumumkan

Manakala di platform konsol pula, masih tiada kumpulan yang berjaya menghabiskan lagi raid ini dalam masa 24 jam. Ha, siapa kata KBM dan controller tiada advantage gap?!

Masih lagi ada masa untuk Agents mendapatkan patch tersebut, mungkin di konsol sedikit susah dengan recoil dan aiming tetapi ia tidak bermaksud tidak boleh dihabiskan.

Raid dalam TD2 tidak mempunyai matchmaking membuat pemain agak berang kerana mencari 8 orang tidaklah sebegitu senang. Komuniti TD2 digalakkan untuk mencari kumpulan sendiri supaya dapat menyelaraskan set-up antara sesama pasukan, ujar Ubisoft di dalam stream mereka sehari sebelum ODH dibuka.

Bagi pemain Destiny, ini adalah perkara biasa walaupun matchmaking diberikan dalam Destiny 2 (D2), jarang pemain menggunakan fungsi tersebut kerana sering membawa masalah komunikasi dan terbiasa LFG dari app official D2. Walaupun sedemikian, Vault of Glass raid D1 memakan masa 14 jam di konsol dan Last Wish Raid D2 memakan masa hampir 24 jam di PC untuk dihabiskan sejak pembukaan.

JomKomen!