Walaupun The Division 2 (TD2) berdasarkan Washington D.C, Ubisoft membawa para Agents lebih jauh dari yang disangka untuk menyelamatkan seluruh negara.

Sebanyak 3 episod expansion ditunjukkan ketika persidangan Ubisoft E3 2019. Episode 1 membawa para Agent keluar dari DC untuk kembali ke New York seperti The Division pertama (TD1) di mana Episode 2 pula, Agent Division akan bertarung mendapatkan kembali Pentagon dari Black Tusk dengan raid 8 orang yang baru.

Episode 3 dipanggil Coney Island: Homecoming akan didapati pada awal tahun 2020. Mejanjikan pihak lawan yang pernah satu ketika dikenali (Mungkinkah Aaron Keener?) serta mencari punca tersebar Green Virus yang telah menular ke Washington DC dari New York hingga ke Coney Island untuk menghadapi pengkhianat negara.

Setiap pack akan mendapat kawasan baru, mode gameplay, loot dan rewards, specialization, dan senjata dengan armor exotic.

Free weekend juga akan berlangsung pada minggu ini terbuka kepada kesemua platform. Untuk berita lebih lanjut tentang freeplay boleh rujuk di sini.

JomKomen!