Lawa dah lawa. Harap jangan terkena macam The Division dulu.

Sesi Beta The Division 2 semakin hampir — oleh itu, Massive telah mempamerkan video gameplay penuh sebuah misi co-op PvE.

Di dalam video IGN ini, kita dapat melihat keseluruhan misi co-op PvE ini, dan menurut laporan VG247, ianya bukan diambil daripada misi sesi Beta nanti.

Video 20 minit+ ini mempamerkan pandangan gameplay daripada 4 orang berbeza – masing-masing dengan loadout berbeza, weapon specialisation yang pelbagai. Paling menarik perhatian adalah tempoh time-to-kil (TTK) yang agak rendah, tidak seperti The Division yang dahulu semasa dilancarkan. Terasa macam habis satu gudang peluru digunakan untuk membunuh satu musuh. Ehem.

JomKomen!