in , , , ,

The Division 2 Akan Ada Microtransactions, Tetapi Terhad Kepada Kosmetik Sahaja

Nak jual kosmetik? Takda hal.

Antara tarikan utama yang akan menjadi kekuatan kepada jualan The Division 2 nanti adalah game ini akan memberikan kandungan percuma untuk tahun pertamanya yang mana ia bakal membawakan 3 DLC dalam bentuk episod.

Ramai yang skeptikal dengan model bisnes yang dilakukan oleh Ubisoft ini. Ramai yang bertanya, tiada microstransactions langsung dalam The Division 2 nanti?

Bercakap kepada GamingBolt, pengarah kreatif bersekutu Ubisoft Massive, Chadi El-Zibaoui mengesahkan bahawa The Division 2 akan mempunyai pembelian dalam game (microtransactions), namun ia hanya terhad kepada kosmetik sahaja. Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu komen sama ada game ini akan membawakan loot box ataupun tidak.

Menjual barangan kosmetik pastinya satu perancangan jangka panjang yang baik bagi memastikan game ini terus mendapat tempat dalam hati pemain. Asalkan ia tidak menjual DLC yang boleh memecahbelahkan bilangan pemain serta tiada barangan yang boleh memberikan kesan kepada gameplay.

The Division 2 akan dilancarkan pada 15 Mac 2019 di Xbox One, PS4 dan PC.

JomBaca: The Division 2 Membanteras Virus Berluasa Di Washington. Register untuk Closed Beta Sekarang!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Harga Internet Di Malaysia Akan Turun Sehingga 25% Menjelang Akhir Tahun 2018

Rocket League Memperkenalkan Rocket Pass, Sama Seperti Battle Pass Dalam Fortnite