in , , ,

The Division: 18 Easter Egg Untuk Agents Yang Dah Bosan Grinding!

Dunia pasca-bencana The Division bukanlah hanya memaparkan kemusnahan – Ubisoft turut menyelitkan tribute and homage yang awesome kepada pop culture dari dunia nyata! Gotta find’em all!

Berikut adalah 18 easter egg yang boleh korang cari beserta reference-nya yang kitorang dah compile! Korang ada lagi easter egg lain? Share lah dengan kitorang!

1. Shaun of the Dead

01shaun

Kalau korang peminat filem Shaun of the Dead, pasti korang teringat scene ini! Scene ini diselitkan dalam Echo Intel collectible yang korang boleh pick-up!

Lokasi: Chelsea, di dalam kawasan belakang perumahan antara West 22nd dan West 23rd Street.

01shaunmap

2. Matt Foley

02foley

Easter egg ini pula adalah reference kepada karakter Matt Foley lakonan Chris Farley di dalam skit Saturday Night Live! Jom layan the full skit di bawah.

Lokasi: Turtle Bay, di jalan raya T-junction antara 2nd Avenue dan East 47th Street.

02foleymap

3. Breaking Bad

03breakingbadd

Peminat siri TV Breaking Bad pasti akan tersenyum apabila pick-up Echo ini! Akhirnya korang akan ‘bertemu’ dua karakter yang diinspirasikan dari siri kegemaran ramai itu!

Lokasi: Clinton, di bumbung berhampiran safe house Wolves’ Den. Korang kena naik panjang tangga besi di belakang bangunan berdekatan.

03breakingbaddmap

4. Batman

04posters1

04posters2

Bagi peminat Dark Knight, korang boleh jumpa reference kepada Joker ini di dalam poster Missing Persons bagi seorang yang bernama ‘Joker Nicholson’ yang kerap bertanya, “Why so serious?”.
Lokasi: Di luar Base of Operations.

5. Tom Clancy

04posters3

Ini easter egg paling mahal! Easter egg ini memberi tribute kepada nama francais game ini sendiri! Geng, meet Tom Clancy! Hahaha!
Lokasi: Di luar Base of Operations.

6. Teenage Mutant Ninja Turtles 1

05pizza1

Korang minat Teenage Mutant Ninja Turtles? Ada beberapa easter egg yang menjadi reference kepada kumulan penyu/kura-kura ninja ini! Cuba korang cari nunchucks Michaelangelo nih!
Lokasi: Pennsylvania Plaza, di antara West 31st Street dan 7th Avenue. Ia duduk dekat satu sudut kedai kopi Kerman. 

05pizza1map

7. Teenage Mutant Ninja Turtles 2

06pizza2

Nih lagi satu reference kepada Ninja Turtles – khususnya bagi Leonardo, ketua kepada Ninja Turtles! Cari katana beliau ni sampai dapat!
Lokasi: Turtle Bay, di dalam lorong antara East 45th dan East 43rd Street. Ia duduk betul-betul luar safe house The Firewall.

8. Mr. Bean

Ini memang kelakar! Kalau korang membesar dengan Mr. Bean macam developers dalam Ubisoft nih, mesti korang kenal reference ini! Haha!

Lokasi: Stuyvesant, dalam gelanggang bola keranjang, ke arah Utara dari safe house The Ward.

07beanmap

 

9. Adventure Time

Siri animasi Adventure Time turut mendapat tribute versi Ubisoft! Terlukis di atas dinding yang panjang, easter egg ini sangat senang untuk dicari!
Lokasi: Pennsylvania Plaza, dalam playground kanak-kanak di antara West 29th dan West 24th Street.

10. Sons of Anarchy

Sebuah papan iklan seolah-olah memberi tribute kepada siri TV, Sons of Anarchy! Siri TV ini seperti mempunyai tempat yang sesuai di dalam dunia kacau-bilau The Division!

Lokasi: Chelsea, di antara West 20th dan West 21st Street.

11. I Am Legend

Cuba korang cari Fred nih. Alaaa, Fred yang ada dalam movie I Am Legend bersama Will Smith tuh! Ini adalah tribute yang sangat kena, kerana dalam I Am Legend pon, New York turut mengalami bencana virus!

Lokasi: Turtle Bay, Grand Central Station, di bawah scaffolding pembinaan. Awas, kawasan luar di jaga rapi oleh dua auto-turret LMB! Gunalah overdose First Aid dan aktifkan kuasa ultimate Survivor link!

12. Doctor Who

Memang scary apabila melihat easter egg ini. Kalau korang perhatikan betul-betul, seolah-olah kesemua patung itu menyerang askar yang terdampar mati! Easter egg ini seperti tribute kepada scene dari Doctor Who ini!
Lokasi: Kips Bay, basement di dalam mission Lexington Event Centre.

13. Splinter Cell

Korang juga boleh jumpa reference kepada game-game Ubisoft yang lain. Cuba tengok apa ada atas kabinet di kubikel Agent Faye Wong! Yeah, goggle dari game Splinter Cell!
Lokasi: Base of Operations, kubikel Agent Faye Wong.

14. Pejabat Ubisoft

Korang teringin nak melawat pejabat Ubisoft? Dalam The Division korang boleh! Walaupun ianya kosong tidak berpenghuni, ianya menampilkan BANYAK easter egg berkenaan game-game yang telah dan akan dikeluarkan Ubisoft seperti Grow Home dan For Honor!
Lokasi: Turtle Bay, safe house Firewall.

JomBaca: For Honor: 7 Fakta Menarik Tentang Game Pertarungan Pedang Zaman Silam Ini!

15. Board Games Ubisoft

Agaknya dunia Ubisoft dalam dunia The Division lebih olskool! Korang boleh jumpa game-game mereka seperti Grow Home & Rayman Raving Rabbids dalam bentuk analog!
Lokasi: Pennsylvania Plaza, di dalam apartment di West 29th Street. Cari lah pintu depan yang korang boleh bukak.

16. Greg Miller

Bekas kakitangan IGN dan sekarang host kepada Kinda Funny, En. Greg Miller (GameOverGreggy), turut mendapat penghormatan disertakan di dalam game ini sebagai easter egg!
Lokasi: Chelsea, di jalan raya T-junction 8th Avenue dan West 24th Street.

17. World in Conflict

Ini pula game yang pernah dikeluarkan oleh Ubisoft Massive! Game yang dilancarkan pada tahun 2007 ini mendapat sambutan memberangsangkan dari peminat game-game real time strategy!
Lokasi: Di dalam mana-mana kedai High Low. Peta nih adalah salah satu contoh lokasi, di antara 8th Avenue dan West 22nd Street.

18. Uncharted

Adakah ini reference kepada ‘kematian’ Nathan Drake nanti? Apa-apa pun, description yang ada kat Echo ini memang menggambarkan Nathan Drake, hero dalam siri Uncharted dari developer Naughty Dog!
Lokasi: Murray Hill, apartment di East 36th Street berhampiran Park Avenue Intersection.

JomBaca: Naughty Dog Bakal Mematikan Nathan Drake Dalam Uncharted 4?


Amacam? Ada lagi tak easter egg yang kitorang terlepas? Korang ada lagi easter egg menarik? Ayuh Agent-Agent sekalian, kongsikan dengan JomGaming!

JomBaca: Tom Clancy’s The Division: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Written by Liza Langkasuka

Gadis ini amat meminati game RPG dan FPS. Beliau juga bersemangat untuk mencapai tahap tertinggi di dalam game Destiny, Division, Rainbow Six: Siege dan terbaru Overwatch.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Singapore Sedang Mengetuai Satu Projek Besar Di Console & PC

Call of Duty Tahun Ini Akan Berlatarbelakang Pertarungan Angkasa?